Bencana Alam I TSUNAMI


Assalamualaikum.


Jepun..sebuah negara yang sgt maju..membangun.akhirnya digemparkan dengan bencana ynag maha dahsyat..TSUNAMI..bagaimana tsunami terjadi?? (sumber wikipedia)




Tsunami ,sering kali disalah takrifkan sebagai gelombang pasang surut (tidal wave), merupakan satu siri ombak yang berlaku selepas gempa bumi (dalam laut), tanah runtuh, aktiviti gunung berapi, letupan, atau hentaman meteor dalam atau berhampiran laut.Tenaga setiap tsunami adalah tetap, fungsi ketinggiannya dan kelajuannya. Dengan itu, apabila gelombang menghampiri pantai, ketinggiannya meningkat sementara kelajuannya menurun. Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi, hampir tidak disedari apabila melintasi air dalam, tetapi meningkat kepada ketinggian 30 meter atau lebih. Tsunamis boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kawasan persisiran pantai dan kepulauan.
Kebanyakan bandar di sekitar Lautan Pasific, terutamanya di Jepun tetapi juga di Hawaii, mempunyai sistem amaran dan prosedur pemindahan sekiranya tsunami yang serius berlaku. Tsunami boleh dijangka dengan pelbagai institusi seismologi di sekeliling dunia dan perkembangannya dipantau melalui satelit.
Bukti menunjukkan tidak mustahil berlakunya megatsunami, yang disebabkan oleh sebahagian besar pulau mendak ke dalam laut.
Kini, lebih ramai orang dibunuh oleh tsunami daripada gempa bumi.

Berikut merupakan kejadian tsunami utama dalam sejarah:
Daripada berita yang disiarkan mengenai tsunami yang berlaku di jepun..berpuluh..mungkin sudahn beratus nyawa menjadi korban..harta benda musnah ..

subhanallah..

Bersyukur kita dilahirkan di bumi Malaysia..setakat ni..mmg ada bencana yang kita hadapi..tp xteruk..hanya ekornya jer..belum kepala..semoga Malaysia terus terlindung dari segala bencana ini..tadah tangan memohon pada yang ESA kerana hanya DIA yang maha mengetahui...





No comments

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤