Gangguan seksual di pejabat

1:06 PM


Assalamualaikum .


Sangat sakit hati bila perkara macam ni berlaku di pejabat , tambah2 lagi kalau melibatkan penjawat awam. Aku yang alami nya sendiri . sakit mental , itu jer yang boleh aku cop kt pegawai ni . Dia bukan pegawai bawahan , malah memegang jawatan tinggi dalam bahagian , itu la org ckp , manusia ni sesetengahnya kalau pandai , cerdik sangat pun xboleh jgk , lama2 jadi gilo .




Carian untuk perkongsian

Sebenarnya maksud gangguan seksual ni subjektif . secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa gangguan seksual adalah perbuatan berbau seksual yang bukan berlandaskan sukarela mangsa kepada golongan yang dominan di tempat kerja . tapi Kongres Kesatuan
Sekerja Malaysia (Zaiton, 1990) mentafsirkan gangguan seksual sebagai segala pertuturan, tingkah laku, sentuhan fizikal, isyarat secara berulang-ulang yang berunsur seksual di tempat kerja. Perlakuan-perlakuan ini termasuklah sentuhan tubuh badan yang tidak diingini, paksaan mengadakan dating, dan pujuk rayu supaya melakukan hubungan seks atau menampalkan gambar-gambar lucah di tempat kerja.
Dalam Kod Amalan Untuk Mencegah Dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja
(Persekutuan Majikan Malaysia, 1999) termaktub definisi gangguan seksual sebagai pengenaan syarat berbentuk seksual sehingga menjadikan mangsanya tidak selesa dan tenteram dalam persekitaran pekerjaannya atau istilahnya dinamakan quid pro quo. Working Women United Institute (Backhouse & Cohen, 1981) pula mentakrifkan gangguan seksual sebagai segala tingkah laku yang bercorak seksual yang dilakukan secara berulang-ulang yang ingin dihindari oleh mangsa. Tingkah laku tersebut termasuklah
pandangan, cadangan atau dampingan fizikal sama ada secara paksaan atau tanpa dipersetujui, yang dirasakan patut dibantah atau dipertahankan kerana ia menyebabkan mangsa berasa tidak selesa di tempat kerja.
Antara tingkah laku yang diklasifiksikan sebagai gangguan seksual ialah:
Secara lisan gangguan termasuk kata-kata, komen, gurauan, usikan danbunyi yang bersifat seksual.
Bahasa isyaratisyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks serta tingkah laku mengurat yang berterusan juga dikategorikan sebagai gangguan seksual.
Secara visual gangguan secara visual pula ialah menunjukkan bahanbahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berbentuk seksual serta mendedahkan tubuh termasuk berpakaian seksi.
Secara psikologigangguan secara psikologi ini boleh muncul dalam bentuk mengulangi jemputan sosial yang telah ditolak, memujuk rayu secara berterusan untuk keluar bersama atau bercumbu.
Secara sentuhan fizikal – terdapat gangguan secara sentuhan yang tidak diingini seperti menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium dan serangan seksual seperti meraba.
Tapi , yang aku kene ni cuma gangguan melalui sms . Menakutkan . Bila terserempak kt ofis , mcm tak de apa-apa . Dia siap tegur aku lagi . rasa nak muntah weh tengok muka dia wekkkss. 
Dia duk sms , aku tak layan . so lama-lama dah tak ada dah sms bo*** tu lagi .

Alhamdullilah , moga-moga dia tak kan ulangi perangai buruk dia tu kat orang lain .



You Might Also Like

0 Adam Hawa Comel

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Follow me on IG !

Like us on Facebook