Urmm Best Sungguh Cekelat



Agak naif tak title post aku kali ni???hahaha..ade aku kisah??Pagi tadi duk termenung depan pc..tetibe datang akak sebelah ni bagi coklat..perghh..macam kera dapat bunga..suke weh..coklat Toblerone lagi..waahhh memang pebret wa lah..yumm..yum..semalam depan TV sambil layan citer asmara..habis satu keping coklat aku makan.ermmm..kunun2 nak diet la..tak makan nasik..tapi tukar makan benda alah tu..ke laut la diet aku..wawawa..


Ini jerk yang sempat ambik..yg lain sumer dah masuk perut... :-p
Bila sebut pasal coklat jer..ramai yang anggap coklat ni makanan tidak menyihatkan dan menggemukkan..uhh..ader lagi yang kata coklat boleh menyebabkan jerawat bagi remaja..yakkksss..mane ader..tu sumer tak de la betul sangat..actually..banyak yang positif pasal coklat ni..korang mesti nak tahu kan??hehehe..Jom share..


Antara fakta menariknye ialah..Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA): Kalcium - 9%; Riboflavin - 9%; Protein - 6%; Zat Besi - 3%; Vitamin A - 2.4%; Thiamine - 2%. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. itu membuktikan bahawa makanan kesukaan ku ini sungguh berkhasiat =)..

Bagi yang percaye makan coklat boleh buat tumbuh jerawat plak..ermm...Mengikut kajian satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. Oleh itu coklat bukanlah penyebab jerawat. Sebenarnya, faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan. 
Zat terbanyak yang terkandung dalam coklat adalah theobromine. 

Zat ini dapat menstimulasi jaringan saraf dan jantung yang membuat tubuh terjaga dan bersemangat. Theobromine juga dapat meredakan batuk.Apa yang penting..Coklat mengandung vitamin A, vitamin B1, vitamin C, vitamin D, dan vitamin E, zat besi, kalium dan kalsium...banyak kan zat dia...uhhuuu..

Bagi yang mengatakan coklat ni menggemukkan..coitttt..memang nonsene la,,coklat tak penah menyebabkan orang tu gemuk tau. Tapi kalau makan coklat sampai berbakul-bakul sehari..sampai tak hengat dunia..makan ape pun leh buat gumukkkssss.Cara makan dia..makan la secara sederhana jer..pastu sambil2 tu..diiringi senaman kardiovaskular,..tu la dia rahsia mengekalkan berat badan sihat.=)

Ader lagi nih..sesetengah mitos mengatakan coklat boleh menyebabkan sakit jantung..paras kolestrol tinggi....ahhh..tidakkkk..coklat tidak menyebabkan peningkatan paras kolesterol pun.Ramai yang tahu coklat mengandungi asid stearik iaitu sejenis lemak nuetral yang tidak menyebabkan peningkatan kadar kolesterol tidak sihat atau LDL. Malah lemak koko dalam coklat mengandungi asid oleik, sejenis lemak koko mono tak tepu, yang juga ditemui pada minyak zaitun. Pada masa yang sama lemak koko juga mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah. Kajian Mayo Clinic, University of California, University of Scranton dan Pennsylvania State University menunjukkan coklat mengandungi bahan kimia, flavonoid, yang meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Ia juga bertindak sebagai antioksidan yang menghalang atau melambatkan kerosakan sel dan tisu badan. .

Selain sumer2 yang kat atas tuh..ader lagi fakta yang buat aku tertarik mengenai coklat ni..iaitu..coklat membantu meningkatkan memori dan hafalan, membantu menajamkan mata dan minda..membantu menguatkan daya ingatan,melambatkan proses penuaan..dannnnnnn...dapat mengatasi stress...wohoOOOoo..


So..pueh hati hang pa???hoho..ok la tu..dah banyak fakta yang aku conteng kat sini..heheh Kalau dah fanatik ngan coklat tu..sumer nampak positive jer ek..negative xde pun..hahaha..ok lah..nak layan makan coklat i jap..yum..yum..


No comments

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤