First Time Masuk Wad

Assalamualaikum .




Lambat sikit postkn entry ni..minggu lepas aku msuk wad..Hospital Putrajaya..first time nih....xlama pun..sehari jer...tapi kene masuk air jugak la..cucuk ambik darah..test urine..

Citer dia


*************
Petang tu sebelum balik keje aku kemain tibai minum ais milo yg aku beli kat kafe ofis aku..minum punye minum..aduiii terasa sedikit memulas kt perut..tp ignore kn jer..yer la..tak sakit sangat kan.. sampai umah..terasa lagi sakitnya..aku ingat cuma nak kene appoiment dgn toilet jer..aikkk..tak habis kat situ jer..tengah malam tu dalam kul 9 lebih..sakit makin menjadi2..tuhan jer tahu...rase cam usus perut aku ni kene spin guna mesin basuh jer..siap ngan muntah2 lagi..habis sampai lembik aku di buatnya..bila keadaan aku makin teruk..

Kul 9.30 aku p la klinik kt area umah aku..doc kt klinik kata aku kene gastrik..aduhh..kene cucuk sejarum..tapi...kat klinik aku 2, 3 kali muntah..dah xboleh nak gambarkan dah kesakitan aku rase..so mR.Cardigan bawak aku balik umah..Ingatkan dah cucuk ok la kan..tapi..makin teruk aku rase perut ni..last-last dalam kul 4 pagi aku kene hantar ke kecemasan Hospital Putrajaya..sampai kat sane doc cakap nak ambik darah aku dan masukkan ubat tahan sakit dalam badan aku and kene masuk air sebab dalam badan aku dah kosong..xde ape2..masuk makanan muntah balik..

Lebih kurang jam 1.00 pm..doc datang jumpe aku and cakap darah aku ok..xde masalah..perut aku pun dah tahan..aku plak..lupe nak tanya ape masalah perut aku sampai jadi camtu..tapi doc bagi aku ubat gestrik..means dorang suspek aku gastrik la tu..ok..jom aku share skit pasal gastrik...

 Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. biasanya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Penyebab Gastrik


Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.


Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.


Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.


Punca-punca lain Gastrik:

  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.

Gastritis Terbahagi Kepada Dua:

  • Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
  • Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.



    So..bagi yang memang tahu dia ada gastrik..ingat..jangan biarkan perut kosong..dan jangan makan terlalu penuh perut..sampai nak bernafas pun susah, akibat dia..menyakitkannnn.. (tapi mase aku kene gastrik tu..perut aku tak kosong..ermmm kompius jugak ni..)


No comments

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤