Senyum...

Datang keje hari ni..terus masuk bilik briefing..sumthing yang menarik masa dengar public speaking tadi..pasal senyum..huhhh kementerian aku makin serius dengan kempen senyum ni..sampai nak letak poster zon senyum dalam kawasan di pejabat..hahaha.. fakta menarik mengenai senyum..ermmm..Senyum merupakan satu senaman berbentuk joging dalaman yang meransang seluruh tubuh  melalui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak dan apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.






Kalau kita Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit)Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan..



Daripada kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

Aku memang xde masalah kalau nak senyum sebab aku memang suke senyum (heheeh..senyum kambing pun bole).. Selain senyum jugak boleh buat kita awek muda ...kalau korang bace balik yang fakta pasal senyum ngan kerut tu..senyum kan cume guna 17 otot jer berbanding kalau kita  mengerutkan dahi..yer la..banyak sangat otot nak guna kn..akhir kata..jom senyum..xperlu kata apa2..hahahaha 

2 comments

  1. kat opis blok twitter..folo kat blog eh?

    ReplyDelete
  2. owhh..yer ker..ptt la slalu sy mentions name akak dlm tweet xberbalas :p ofis saye x block twitter..ok..follow kt blog pun ok :) thanks..

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤