Aib

“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (Hadis Riwayat. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Banyak hadis-hadis yang menerangkan kat kita pasal salahnya kalau kita mendedahkan aib orang..kat atas ni salah satu darinya..sekarang ni selalu kita dengar,baca melalui media, blog, atau laman sosial macam-macam pasal si polan..si polan..dan kita sendiri sebenarnya tak tahu mengenai kesahihan berita tersebut.Tambah menyedihkan kalau si polan yang didedahkan keburukannya tu dah bertaubat..dah insaf..

Aku tertarik nak menulis pasal benda ni sebab semalam masa aku duk ber blog walking..terbaca satu artikel pasal sorang artis pompuan bertudung ni yang dipertontonkan semula gambar-gambar dia masa dia baru-baru jadi artis dulu..masa jiwa tengah membara..dan sekarang ni artis tu dah pun bertaubat..actuallly dah lame dia berubah..dah menutup aurat sepenuhnya.Gambar-gambar tersebut memang memalukan kalau  dilihat semula dalam keadaan dia yang sekarang ni yang dah mempunyai suami..anak.

Aku heran..kenapa mereka-mereka yang tak bertanggungjawab ni sanggup buat macam ni..Secara jujur aku berpendapat..kalau ya pun si artis tu ada buat perkara yang sesetengah orang tak puas hati..tak perlu lah sampai nak bukak semula semua pekung dia..tak perlulah nak malukan dia dengan memburukkan peribadi dia yang sekarang ni..sebab yang malu bukan dia sorang..tapi keluarga dia sekali..Dalam komen artikel yang aku baca tu pun..ramai yang tak bersetuju mengenai penyiaran gambar artis tu balik..tak perlu lah aku nak gitahu sape artis tu..sebab kalau korang seorang yang mengikuti perkembangan semasa..mesti korang kenal dia...
Memang kita suka kalau nak bercerita pasal orang lain kn...aku akui tu..tapi jangan la sampai ke tahap memalukan  orang tu sampai satu dunia tahu..kalau  penampilan dia,sikap dia memang seksi..sosial..tak pernah berubah..dan orang keluarkan gambar-gambar dia yang tengah duk mabuk ker..duk berbikini ker..aku tak kisah..dan orang tu sendiri aku rasa  tak kisah..Ini lain kedaannya.. ..

“Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)

Bayangkan kalau diri kita sendiri atau keluarga kita orang aib kan..apa perasaan kita?marah..tertekan..sedih semua ada kan...
Cuba kita fikir balik..apa yang kita dapat dengan memburukkan ..maki..kutuk orang.?? Mesti benda yang buruk jugak kan..mesti makian jugak kita dapat kan..silap-silap dengan keluarga kita sendiri kena tempiasnya..
Dan kalau kita sentiasa berbuat baik dengan orang..tidak memperkecilkan orang lain..mesti kebaikan jugak yang kita dapat..orang akan selalu mendoakan benda-benda yang baik kat kita..Doa orang kepada kita tak semestinya masa dia sembahyang jer..tapi melalui kata-kata baik yang diucapkan untuk kita..juga merupakan satu doa...

“Seorang muslim itu ibarat cermin kepada yang lainnya, bila dia melihat sebarang kekotoran maka segera dia menyapunya” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi dan Abu Daud)

~saling ingat-mengingati~



No comments

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤