It's July

Pejam celik..pejam celik..hari dah masuk bulan Julai..Ogos pose..akhir ogos dah raye..Ya allah..cepatnya masa berlalu..

Tidak akan datang kiamat sehingga waktu semakin berdekatan, setahun seperti sebulan, sebulan seperti sejum’at, sejum’at seperti sehari, sehari seperti sejam, dan sejam terasa hanya sekejap.” (Imam Ibnu Katsir mengatakan: isnadnya sesuai syarat Muslim. Dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih al-Jaami’ no. 7422)

salah satu petanda kiamat..

Hari ni genap 6 bulan aku berkhidmat disini..rasa macam baru semalam jer lapor diri kat sini..6 bulan aku kat sini..macam-macam kisah yang aku selami..macam-mcam gelagat yang aku tontoni..macam-macam perasaan yang aku rasai..Bila ingat balik masa first lapor diri..ermm dalam blog ni pun aku ader luahkan..rasa cam nak terbang balik keje kat Ipoh..rindunya kat sana..rindu kat kawan-kawan kat sana yang enjoy..happy jer..

Tapi sekarang dah lain..aku dah boleh menerima keadaan disini..alhamdullilah..walaupun lain situasinya..lain cara berkawannya..lain cara bosnya..kena terima dengan hati terbuka, bak kata pepatah ' masuk kandang kambing mengembek..masuk kandang kerbau menguak'.. macam tu la yang aku buat.Dan sama macam first time aku lapor diri di Ipoh dulu..aku selalu berseorang, pegi shopping..pegi makan.. banyak benda yang aku rasa aku tak boleh kongsikan lagi dgn kawan2 kat sini... mungkin sebab aku baru lagi kot..
Tapi walaupun aku selalu "lone ranger "ada  jugak masanya aku bersama kawan-kawan..ada jugak masa makan bersama mereka-mereka disini..terutama dgn kak zizah..kawan aku kenal masa sama-sama lapor diri kat sini.Dia ok..baik..dan aku senang berkawan dengan dia..tapi xde la serapat aku dengan ida..dengan ida..kami share everything..perasaan..semua blh diluahkan.Ida betul2 kawan baik aku.Aku pun tak tahu sama ada aku akan jumpa kawan seperti ida kat sini...





No comments

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤