Selamat berpuasa

Kalau ikut kalendar..Isnin ni dah pose..kawan-kawan yg tinggal pose tahun lepas dah ganti ker belum? ermm jgn tak ganti k..kat sini aku share kan niat pose, doa berbuka dan selepas berbuka pose..  Moga2 boleh jadi panduan oke =)
Di kesempatan ni aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam..Semoga kita semua mendapat keberkatan dalam apa jua kebaikan yang kita lakukan..amin..
Ingat..jangan puasa jer..solat pun wajib tau..tak guna kita berpuasa kalau tak solat..sebab solat tu kan tiang agama =)
 

 Lafaz niat untuk sebulan
 
niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
 


Lafaz niat puasa -harian
niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala   

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

2 comments

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤