Akak kene tipu dik

Citer ni..citer hari kamis lepas..aku duk kt kaunter kementerian aku la ofis..pastu datang sorang akak ni..melayu.. dia datang jumpa aku..nak buat aduan pasal kes dia dah kene tipu..ermm aku dh tahu dah..mesti pasal kes jualan langsung atau MLM..dan tekaan aku tu 100% tepat bila akak tu mula bercerita....
Katanya..lebih kurang 3 minggu lepas masa akak ni tengah berniaga..datang sorang lelaki baik punya bercerita pasal keuntungan yang dia dapat hasil dari pelaburan yang dia buat dgn satu kompeni ni..dia ckp kompeni ni ada lesen dr KPDNKK..boleh dipercayai..dh ramai yg kaya dgn pelaburan yg dia buat..aku pun tak ingat kompeni apa yg akak tu ckp ari tu..bla..bla..bla..duk cerita..macam2 la..sampai akhirnya akak ni tergoda ngan kata-kata manis lelaki ni..akak ni pun cakap la dia berminat..tapi dia tak nak join dulu..nanti kalau dia dah bersedia..dia join la..bila akak ni ckp mcm tu..si lelaki ni pun macam tak puas hati la..pgl pulak kawan2 dia..ramai la..dtg jumpa akak ni..duk bercerita lagi..pum pang..pum pang..siap bagi hadis la..ckp pasal agama la..kiranya ayat2 yg keluar dr mulut lelaki ni ngan kwn2 dia ni betul2 dh pengaruhi akak ni..so dipendekkan cerita..akak ni pun melabur la..bukan sikit jumlah dia..       
RM36 000..hahhhh amik ko..kemain banyak..Bila dh dapat duit..lelaki ni janjikan pulangan dalam masa seminggu..tapi tunggu punya tunggu masuk minggu kedua..habuk pun takde..akak ni dh risau la..call lelaki tu..pegi pejabat dia..dan setiap kali jumpa..macam2 alasan pulak yg lelaki ni bagi..
Last-last..bila dh lama sangat dr masa yg dijanjikan..akak ni tergerak hati nk try cek samada kompeni ni ada lesen ke tak,seperti yg dia ckp..ermmm bila dh cek..rupa-rupanya..harammm..mana ada lesen..main cakap jer..huhhh..So bila dh th mcm ni..lagi la akak ni tak senang duduk..lepas buat laporan polis,dia pun datang la KPDNKK nk buat aduan..dan samada dia akan dapat balik duit dia..wallahualam..

Moral Of The Story
sekarang ni macam2 cara orang nak menipu..dia tak kira ko orang tua ker..ko sebangsa dgn dia ke..yang dia tahu dia dapat $$$ yg dia nak..so kita kene bertindak dengan bijak..jangan mudah tertipu.Ingat..bukan senang nak KAYA..tak de jalan mudah untuk kita jadi KAYA..semuanya perlukan usaha.Macam lelaki tu..dia usaha la tu..usaha menipu orang...dan kita yg hilang duit ni..terganga la sendiri..

6 comments

  1. yaa, skrg kalau ada sapa2 nak bagi promote MLM ngan aku mmg aku tak nak layan.... buang masa....

    ReplyDelete
  2. Gen2Merah | betul tu..lagi di layan..lagi dia desak.

    ReplyDelete
  3. berhati2 sekarang ni kan..

    salam syawal

    ReplyDelete
  4. saya cukup tak suka MLM ni.. Kalau org promote leh cakap gini:
    "Saya tak join ni tak rugi pun. Cuma tak untung je. Awak yang rugi masa sbb saya tak akan join"

    ReplyDelete
  5. @padlie
    heheh baik punye ayat..boleh diguna pakai ni =)

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤