Jumaat # hari yg ditunggu

Malam ni..ari jumaat..tahu aper yg best???hehehe..tgk fazura dalam Tahajud Cinta..Layaannn..Citer dia best..sgt best..pertamanya sebab fazura yg berlakon..kedua dan seterusnya sebab jalan citer dia..ermmm susah nk cakap..tp best la..adoiii berapa byk bestt la....
ohhhh yer..sape2 yg minat Aaron Aziz a.k.a Seth Tan..pun ader berlakon dlm citer ni..

Cerita bermula dengan kisah mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fouziah Gous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak kepada Citra ) ada masalah dengan teman lelakinya dan dia sangat lemah untuk mengahadapi masalah dalam percintaan.
Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepda dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra ingin membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak ingin memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.
Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang ustaz. Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy). Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri ( Fouziah Gous) dari menjadi isteri keempat. Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.(sumber: wowberita.com)


Tapi aku kompius skit..samada Fazura or Fauziah watak utama..dalam citer..watak Fazura yg byk..tp cover depan citer..Fouziah..ermm..mane2 lah..Masa mula2 citer ni disiarkan.ada jugak kata2 negative yg dikeluarkan oleh beberapa pihak..tapi..semua tu tak menggugat pengaruh drama ni..Untuk drama ni..aku nak bagi 5 bintang dr 5 bintang..hehehe..boleh camtu? wink!
pesanan dr penaja belog ini ~ Sila tgk drama ni setiap jumaat jam 9.00 mlm =)


No comments

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤