Kisah pengajaran#Jangan Menilai dari Luaran

Seperti yang diceritakan oleh Abah aku untuk pengajaran kpd kami adik-beradik~

Satu hari abah aku duk kat kaunter di Balai Polis..tengah bertugas..Tiba-tiba datang sorang mamat ni..dari segi penampilan dia..sape2 yg tengok sure akan cakap..'ni mesti mat pit ni..mat gian..n bla..bla.. la..' pakaian selekeh sangat..ngan rambut tak terurus..kurus kering..jalan tunggang langgang..pastu mamat ni masuk dalam balai...
bapp..dia letak satu sampul surat atas meja kaunter balai..nak tahu ape benda dalam beg tu??
Sejumlah duit..dan selepas dikira..ada dalam RM5K..RM5K !!!!...
Polis-polis yang ada dalam balai tu tu pun heran la..termasuk abah aku..mana datangnye duit sebanyak ni dan kenapa mamat ni dgn selamba letak kt sini..Selepas ditanya..mamat ni pun cerita la..
Dia terjumpa duit ni kat stesyen bas..dan kemungkinan ada orang yang terlupa nk ambil (dia jumpa kt atas tempat duduk) atau duit tu duit rompakan..
Lepas dia cerita pasal dia jumpa duit tu..dia pun blah dr Balai tu..
So lepas tu siasatan pun dibuat..nak cari kot2 ada yang buat laporan kehilangan duit..Siasat punya siasat...jumpa la satu laporan daripada seorang lelaki..dia kehilangan duit sebanyak RM5k..sama dgn jumlah yang dalam beg tadi..tak kurang satu sen pun..Abah aku dan kawan2 dia yang ada kt situ terkejut dan tak sangka la kan..betapa jujurnya mamat ni..padahal kalau tengok dr segi luaran dia..uhhhh...
Abah aku ditugaskan untuk pulangkan duit tu kepada lelaki yang berkemungkinan pemilik duit tu..Lepas cari alamat dan jumpa la..Abah aku buat macam biasa..tak cakap lagi yang duit tu dah dijumpai..yer la..kena la siasat dulu kan..betul ke tak itu duit dia..so lelaki tu pun bercerita la..katanya duit yang hilang tu duit yang dia simpan nak bagi kat anak dia yang sedang belajar..dan duit tu dia masukkan dalam sampul..entah macam mana boleh hilang..bla..bla..bla..( dia cerita la)...
Bila dah puas hati dengan semua cerita lelaki tu..abah aku pun keluarkan sampul yang berisi duit tu dan pulangkan semula kepada lelaki tu..yang memang dah sah pemilik duit tu..Abah aku pun cerita la macam mana duit tu dapat balik...( boleh imagine tak macam mana perasaan lelaki tu lepas jumpa balik duit dia..mesti bersyukur sangat kan..)

Moral Of The Story Ialah ~ Don't Judge A Book By Its Cover
Jangan menilai seseorang itu dari segi luarannya sahaja..Sebab mata kasar kita takkan nampak kemurnian dan kejujuran hati yang seseorang tu ada..

8 comments

  1. iye betull.. jangan di sangka pakaian yang selekeh itu mempunyai nilai murni yang tinggi pada dirinya.. semoga cerita ini menjadi pengajaran kepada kita..

    anyway, thanx,.. follow kembali ya.. nampak wajah Fiza ni macam artis la.. ehehe

    ReplyDelete
  2. Mekasih.. Singgah2 la slalu :p uikk artis mane tu.. Hehehe

    ReplyDelete
  3. macam artis yang bertudung tu.. entah saya pun tak tau nama dia sapa.. ehehe.. ok la, thanx be my fren yaa.. owez keep in touch my newbie fren..

    ReplyDelete
  4. orang yang hilang duit tu patut jumpa orang yang pulangkan duit tu face to face..ucap thanks...haha

    ReplyDelete
  5. H.J - ermm betul jgk kn.. Mgkn dia jumpe kot lepas tu.. Tu pun kalau leh cari =)

    ReplyDelete
  6. aku dah banyak kali kena camni..nak pergi sepital org marah2..bile tau aku cikgu terus jadi penyayang..

    ReplyDelete
  7. ermmm..ada sesetengah org dia menghormati orang lain kerana pangkat kn..sabar jer la.. =p

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤