Mencari Lailatul Qadar

Ramadhan semakin menghampiri penghujungnya...dan dlm bulan mulia ni jugak ramai antara kita yang menantikan malam yang sangat mulia..Malam Lailatul Qadar..Sesungguhnya sesiapa antara kita yang terpilih bertemu Lailatul Qadar..dia adalah insan yang sangat-sangat bertuah..Disini aku kongsikan mengenai petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar..

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:~
  • Ahad atau rabu – malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
  • Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan
  • Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
  • Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan
  • Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan 

Tanda malam lailatul qadar ialah :
  • Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  • Siangnya cahaya matahari warnanya jernih tidak terlalu terik;
    Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
  • Pada malam hari,tidak terdengar salakan anjing seperti malam-malam kebiasaan
  • Kadang-kadang pada malam itu,seseorang akan rasa termotivasi untuk melakukan
    amal ibadat berbanding dengan malam-malam yang lain.
  • Dan diantara petunjuk yang lain juga,seseorang itu akan rasa mengantuk teramat
    sangat utk melakukan ibadah.
  • Jika diizinkan Allah,ada di kalangan seseorang hamba itu diberi peluang
    untuk melihat pokok-pokok seolah-olah dalam keadaan rukuk atau bersujud.
  • Pada malam itu dimakbulkan akan segala doa
 “Peliharalah diri dari mengerjakan maksiat serta peliharalah mata supaya tidak memandang perkara-perkara yang haram kerana mata-mata yang dipilih Allah untuk melihat malam lailatul qadar adalah mereka yang menjaga pandangannya dari perkara-perkara haram”
~Nasihat dari Almuhtaram ustaz Muhadir Bin Haji Joll untuk sesiapa yang ingin bertemu malam lailatul qadar~


1 comment

  1. betul..kita hanya boleh mejanggka sahaje..hakikatnya xde sape yg tau bila

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤