[MTV] Hazama, Adira & Dina - Hari Yang Ku Nanti

Dalam banyak2 lagu raya yang dinyanyikan oleh artis sekarang (lagu2 baru oke..) aku rasa lagu ni yang paling best didengar..lirik n lagu dia sangat awesome :D terasa kemeriahan rayanya..dinyanyikan oleh Hazama, Adira n Dina...suara dah best..nyanyi pulak lagu yang best..ermm memang sangat best la jadinya..



Lirik lagu Hari Yang Ku Nanti-Hazama, Adira ,Dina

[Adira]
Hari yang ku nanti telah menjelang kini
Kenangan indah yang dulu pasti menjelma lagi
Terpancarlah cahaya Aidilfitri yang ku nanti
Bersama semua gembira hilangkanlah duka

[Hazama]
Hari yang ku nanti telah menjelang kini
Bermaaf maafan kekalkanlah Silaturrahim
Buat ayah dan bonda ampunkanlah tiap dosa
Buat teman hiburkanlah hati semua

[Adira]
Jauh dan dekat semua pulang ke desa
Saling kunjung mengunjungi
Berpakaian serba baru
Sungguh bergaya

[Adira & Hazama]
Tapi jangan dilupakan
Mereka yang kekurangan
Semoga hari raya kan bermakna

[Dina]
Hari yang ku nanti telah menjelang kini
Tua dan muda miskin dan kaya tiada bezanya
Sebulan berpuasa syawalpun telah menjelma
Ucapkanlah kesyukuran pada yang Esa



No comments

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤