Chef Wan Kritik Pedas Resepsi Norman – Memey

KUALA LUMPUR – Redzuan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, meluahkan rasa kesalnya terhadap majlis resepsi perkahwinan pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang dikatakan bagaikan model di majlis mereka sendiri.
Selebriti terkenal itu berkata di laman Facebook miliknya, Chef Wan Fan Club, meskipun majlis yang menelan belanja sebanyak RM12 juta itu berlangsung dengan jayanya namun kedua pasangan pengantin baru itu hanya berperanan sebagai peragawan dan peragawati di majlis itu.Selain itu, beliau yang merupakan antara 200 tetamu terpilih majlis berkenaan turut menyifatkan gaun yang dipakai Memey seolah-olah baru keluar dari mesin basuh serta tidak sepadan dengan kos tajaan majlis yang sangat mahal itu.
Chef Wan menyimpulkan bahawa majlis tersebut bukanlah merupakan majlis perkahwinan Norman dan Memey, namun ia lebih kepada majlis keramaian Rafflesia bertujuan untuk mempromosikan barangan kemas mereka dan ‘menenggelamkan’ pasangan itu.Sumber Mynewhub


2 comments

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤