Murid Kelas Corot dapat 5A!



KUALA LUMPUR: “Saya nekad mahu buktikan walaupun ditempatkan di kelas tercorot saya juga mampu memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran seperti murid lain,” kata Siti Aisyah Mawardi, 12, yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Siti Aisyah yang tinggal bersama nenek selepas ibu bapanya bercerai enam tahun lalu adalah antara 41 murid memperoleh keputusan cemerlang di Sekolah Kebangsaan Sentul 1 di sini, semalam.


Dia juga tidak menyangka akan mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran berikutan ketika peperiksaan percubaan UPSR hanya memperoleh 4B 1C. “Keputusan yang kurang memberangsangkan itu menyebabkan saya terus membanyakkan ulang kaji mata pelajaran yang lemah. Saya juga bersyukur kerana selain selalu dibantu guru di sekolah, nenek juga tidak jemu memberi dorongan dan sokongan,” katanya. lagi berita

Sumber : Mymetro


Usaha tu kan tangga kejayaan..=) Tahniah kepada semua pelajar UPSR yg berjaya dgn keputusan cemerlang semalam..yang tak berjaya mendapat keputusan yg diingini..cuba lagi utk PMR nanti oke^_~


7 comments

  1. tak kesah la kelas depan ke tercorot ke, kalau rajin pasti berjaya. :)

    ReplyDelete
  2. 4b 1c
    tak de lah corot pun.. ok je kalau untuk percubaan

    ReplyDelete
  3. di mana ada usaha disitu ada kejayaan...hehehe..benda nie la dok tertulis kat dinding kelas sekolah rendah dlu tu :)

    ReplyDelete
  4. congrats utk adik neh..usaha die gak kan...even kelas mcm mane pown,selagi kite usaha pasti ALLAH bg ganjaran yg hebat..

    ReplyDelete
  5. Kalau duduk kelas pertama pun tapi malas belajar, susah jugak nak berjaya! <-- Alamak! Perli diri sendiri. :D

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤