Esok .. 2012

Assalamualaikum & Happy Saturday Lalink !

Kejap jer kan ..  esok dah 2012 .. azam 2011 banyak lagi tak terlaksana, BANYAK oke.
hurmm korang semua dah tertunai ke azam tahun ni? kalau banyak yang belum, jgn PUTUS ASA, teruskan dan usaha lagi . Usaha sampai tercapai ^_~ . I'allah kalau baik keinginan kita tu , dapat la apa yang kita nak =)

Dah seminggu aku kat Kg, esok dah nak balik Putrajaya, hurmm lama kan aku cuti . HIHI agak-agak ada perubahan tak ofis tahun depan? ermm tetiba aku kene tukar unit ker? :p

Azam keje aku tahun 2012 ni ingat tak nak dah lewat, tak nak ader kaler merah kat laporan kedatangan :) tahun ni merah tak der la banyak, dlm sebulan sekali atau dua kali . tu je ^^ pastu nk belajar simpan duit gaji sikit-sikit  =p yer la tu boleh simpan asyik shopping jerk . Tp i'allah dapat ^_~
ermmm lagi .. nak jadi pekerja yang rajin dan bersemangat . HAHA . azam ni setiap tahun pun ader..

Azam dalam kehidupan peribadi pulak .. Azam yang setiap tahun aku tanamkan dalam diri, semestinya nak jadi seorang yang taat kepadaNYA, kepada Abah & Umi , Kepada Suami ,  dan jadi kak Long yang boleh dicontohi oleh adik-adik aku =) 
alhamdullilah setiap tahun azam ni ada dan  i'allah terlaksana..

Sebenarnya... banyak azam aku untuk tahun depan, ermm tambah azam tahun ni yang akan dibawa ke hadapan lagi, HIHI .. tapi tak kan nak tulis semua kat sini kan, juling pulak biji mata nak membacanya, patah jari aku nak menulisnya , HAHAHA ..Yang boleh share kat sini, kita share, yang rasa sgt peribadi, share dlm diari jer lah ^_~

errr lupe plak.. Azam dalam dunia blogger..yayyyy.. nak rajin-rajin update blog, rajin-rajin blogwalking, rajin-rajin komen entry kawan-kawan , rajin-rajin balas komen =) 
Mintak-mintak tahap kerajinan aku meningkat la tahun depan..I'allah..

Dan yang Penting..pstttt bak kata Hos Melodi **

Tingkatkan Prestasi, Kurangkan Kontroversi !

Selamat Menyambut Tahun 2012 dan semoga semua perkara baik-baik jer yang akan berlaku dengan IzinNYA Yang Maha Kuasa.AMIN . 




5 comments

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤