DEMAM .. sape suka ?

Assalamualaikum & Happy Thursday Lalink !

DEMAM aku tak kebah lagi .. uhh demm .. tanya la limabelas org pun .. tak de yang suke penyakit nih kan . 

tak tahu la .. lately  aku kerap sangat demam . dan setiap kali demam mmg aku akan dibawa oleh Mr cardigan ke Klinik .. dan setiap kali ke Klinik , mcm biasa ambil darah , buka mulut luas-luas kat doc sbb dia nak cek ruam kot dlm mulut , cek tekanan darah pastu dia akan tny 'awk ngandung tak' 
pastu aku jwb .. 'err tak doc' . Siap . Ambil Ubat , balik .

Jom usha skit sebab DEMAM nih :~ ( kalau rajin baca , baca lah :p )

Apakah itu demam? 

Demam (juga dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal) merupakan isyarat perubatan biasa dengan ciri-ciri peningkatan suhu melebihi normal dalam range 36.5–37.5 °C (98–100 °F) disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan peningkatan pada titik set ini mengerakkan ton otot dan menggigil seluruh badan.

Suhu normal bagi yang manusia biasa normal

Suhu tubuh manusia yang normal diatur oleh system thermostat di dalam otak yang membantu suhu tubuh diantara 36.5C dan 37.5C.

Bagaimana Demam Terjadi ??

Haba badan manusia terhasil akibat daripada proses penjanaan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti badan seperti pergerakan otot. Semasa sihat, penjana utama datang dari hati manakala ketika bersenam pula otot menjadi pengeluar haba utama. Proses penjanaan haba ini dipengaruhi oleh hormon badan dan otak. Di dalam keadaan normal, suhu badan ditentukan oleh proses penjanaan dan juga proses kehilangan haba.

Punca demam.
  • Ia biasanya berkaitan dengan jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga,
  • Cirit birit, denggi, dan HIV (uhh ngeri baca yg nih ).
  • Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia),
  • Batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis)
  • Demam malaria
  • Penyakit sendi
  • Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
  • Barah (yg ni pun ngeri .. mtk dijauhkan ..amin)
Tanda dan gelaja orang yang demam.
  1. Badan akan rasa panas bila disentuh
  2. Pernafasan meningkat dari seperti baisa
  3. Muka menjadi merah
  4. Tidak aktif dan lemah, sentiasa mahu tidur ( memang! )
  5. Resah gelisah yang berpanjangan.
  6. Selera makan, hilang.
  7. Menggigil
Rawatan dirumah : 

• Jika demam itu tidak teruk tiada rawatan yang diperlukan
• Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam
 badan.
• Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
• Cuba mandi dengan menggunakan air panas suam untuk meredakan demam.
• Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
• Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam

Bila Perlu Berjumpa Doktor? 
Jika anda mempunyai gejala yang serius : 

• Jika suhu badan melebihi >39°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
• Baru pulang dari perjalanan luar Negara.
• Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakitsakit sendi, atau bengkak-bengkak badan
• Sakit perut, mata atau tulang pipi.
• Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
• Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
• Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
• Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari. 2
• Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.
• Demam berkaitan dengan kecederaan 

Sumber : Infosihat


psttt ~ aaa..tahu .. korang tak bace sampai hbs pun kn :p .. HIHIHI .

For My Sayang ~ 
mekasih sgt2 coz jaga syg ms demam yg tak de la teruk sgt pun .. tlg basuh , sidai , lipat & kemas baju-baju .. tlg masak , tlg bersihkan rumah , tlg lapkan kepala syg sbb nak kurangkan panas .. dan layan perangai ngada-ngada syg sari dua ni =) Love U Much Much ^_~



4 comments

  1. demam itu sebenarnya ujian kecil buat diri kita.. apa pun, jagalah kesihatan diri baik2 kan.. amalkan gaya hidup yang sihat... hehe

    lama rasanya tak singgah sini kan.. Selamat pagi Mizfantagiro (",)

    ReplyDelete
  2. @Gen2Merah
    thx atas nasihat =)
    selamat pagi Gen2Merah ^_~

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤