Mencari Yang Halal tu WAJIB !

10:48 AM

♥ Assalamualaikum & Happy Friday Lalink !

Semalam ada tgk Buletin Utama tak ? tak .. tak .. bkn pasal kes bunuh , liwat ke ape .. tp pasal Logo Halal JAKIM .. dalam MyMetro pun ada ^_~
  Sebagai seorang Islam , kita di wajibkan hanya memakan makanan yang halal dan mmg sah halal jer kan , dan JAKIM   telah dipertanggungjawabkan sebagai badan pengawal piawaian Halal sejak Ogos 2009 lagi.   Keputusan dah dibuat yang mana hanya logo yang dikeluarkan oleh JAKIM sahaja yang sah dan boleh digunakan pada semua product makanan .

ni dia logonya -Malaysia 


Amat penting  jugak bagi semua pengguna Islam untuk mengetahui badan-badan Islam yang diiktiraf di seluruh negara
Kalau korang nak tahu maklumat lanjut senarai Badan Islam yang diiktiraf boleh
 klik kt bawah ni :


Atau .. kalau nk cari terus direktori halal yang menghimpunkan maklumat syarikat pengeluaran produk makanan dan minuman, premis makanan, hotel, barangan gunaan dan rumah sembelihan yang memiliki sijil halal JAKIM .. 
klik kt bwh ni :


Oke .. senang kan.. kalau rasa ragu-ragu , pegi jer website tu , terus boleh check dapat sijil halal ke tidak sesuatu product tu . Kementerian yang akan menguatkuasakan benda ni tak lain tak bukan KPDNKK la .. di bawah Akta Perihal Perdagangan 1972 .. yang juga telah dipinda untuk memudahkan penguatkuasaanya. 

So sekarang tak payah nak pening-pening pikir or kompius bila tengok banyak sangat logo halal ditepek kat product di pasaran sebab bila dah diselaraskan satu logo je macam ni .. sangat menyenangkan pengguna kan .=)



Firman Allah bermaksud :

“Wahai sekalian manusia ! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban)".
(Surah al-Baqarah: 168)


“Wahai orang-orang yang beriman ! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu". (Surah al-Baqarah: 172)




psttt ~ errr sari dua ni panjang jer entry aku kan.. HUHU .




You Might Also Like

3 Adam Hawa Comel

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Follow me on IG !

Like us on Facebook