Bersama Mengingati Kekasih Allah SWT

Assalamualaikum & Happy Sunday Lalink !



Bersempena dengan Hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W hari ni 12 Rabiul Awal 1433 , mari sama-sama memperingati perjuangan  Nabi Muhammad S.A.W  dalam menyebarkan agama Islam. Semua aspek perkara yang melibatkan  Nabi Muhammad S.A.W  , sama ada perjuangannya, cara hidupnya, dan segala yang berlaku bersama-sama para sahabat harusnya dijadikan contoh dan sumber inspirasi kita sebagai umat Islam .

Dan bila aku dengar lagu ni .. tiba-tiba rasa nak nangis . bila sama-sama menyanyikannya .. mmg aku nangis :(  lagu ni sejak aku sekolah dulu dah ada . sempat bernasyid nyanyi lagu ni .






Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

( korus )
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela 



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sekalian sesat selagi mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi.” (Riwayat Iman Malik )

Sama-sama kita muhasabah diri . Tingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dan sentiasa berselawat ke atas  Nabi Muhammad S.A.W  , tanda sayang kita kepada Rasulullah SAW .


Selamat Menyambut Maulidur Rasul nya semua .. =)




7 comments

  1. salam maulidur rasul.. semoga kecintaan pada bginda kian bertambah..

    jom baca sebentar jep..
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/sila-baca.html

    ReplyDelete
  2. "Allahumma Solli A'la Muhammad Waa'la Aali Muhammad"

    ReplyDelete
  3. salam maulidur rasul :) lagu tu femes waktu dkt sek! :D

    ReplyDelete
  4. Salam Maulidur Rasul kak..
    a'a..lagu ni sayu jer...

    ReplyDelete
  5. salam singgah sini,

    seronok tengok bloger2 memeriahkan blog dengan entry memperingati Rasulullah S.A.W :)

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤