Digigit Beruk

Assalamualaikum & Happy Thursday Lalink !


Ingat hari ni nak buat spontaneous Thursday jer . Tapi tetiba rasa nak share cerita pulak . Semalam aku terima berita daripada mummy cakap bapak sedara yang aku panggil Ayohngoh masuk hospital sebab kene gigit dgn kera@beruk . Ya  Allah .. kesian Ayohngoh . letak jer call mummy terus aku call Mokngoh tanya berita Ayohngoh . 

Kisahnya ..

Ayohngoh nak pegi cari buah pinang kat belakang umah , masa tu tanah basah & licin . Beruk tu pulak memang  tuan dia rantaikan kat pokok dekat-dekat Ayohngoh duk cari buah tu . Duk cari-cari tetiba Ayohngoh terjatuh . kaki kanan terus tersua betul-betul kat muka beruk tu , so apa lagi .. dia ngap la . aduhh aku leh bayangkan camna sakit kene gigit beruk ! bila kaki kene gigit , Ayohngoh nak tepis guna tangan .. dengan tangan-tangan skali kene gigit . 
Masa tu ada mak sepupu aku ternampak terus panggil Mokngoh . Darah dah penuh kat situ .. dah macam orang sembelih lembu mengikut kata Mokngoh aku . Luka memang teruk sampai Mokngoh aku leh nampak urat betis Ayohngoh putus . ishhhhh .. :(

Bawak pegi hospital kat kecemasan , doktor pun terkejut .. darah dah dekat sebesen . :(

Pagi tadi doktor dah siap buat pembedahan .. alhamdullilah .. dah siap jahit semua . cuma Ayohngoh terpaksa guna tongkat la lepas ni . :(

Moga-moga Ayohngoh cepat sembuh ..

Oh lupa nak bagitahu . beruk tu dah mati kene tembak ! takut dia gigit orang lain pulak . lgpun kawasan tu ramai kanak-kanak .huhh tamat lah riwayat dia . 

beruk yang di google

pstt ~ teringat masa kecik-kecik dulu , beruk masuk dalam umah , masa tu aku , nenek ngan cousin aku yg masih dalam buaian je yang ada . takut sangat . beruk tu terlepas dari rantai tuan dia . akhirnya kene tangkap jugak ..



11 comments

  1. jahatnya beruk tu.. semoga ayah akak cepat sembuh...

    ReplyDelete
  2. eyh..salh..ayah saudara akak..hihi

    ReplyDelete
  3. semoga beliau cepat sembuh...

    kesian juga dgn beruk tu sebab hayat dia dh berakhir...

    ReplyDelete
  4. semoga Ayahngoh akak cepat sembuh...

    takut jugak bila dengar kisah beruk ni serang manusia... kalau dia serang budak2... lagi bahaya... takut nak membayangkan...

    ReplyDelete
  5. kera@beruk mmg gigi dia tajam..huhuhu..jangan kacau selagi dia tdk ganggu kita...umaah akak kera ni sesuka ati aje curik pisang belakang dapur..

    ReplyDelete
  6. kera@beruk mmg gigi dia tajam..huhuhu..jangan kacau selagi dia tdk ganggu kita...umaah akak kera ni sesuka ati aje curik pisang belakang dapur..

    ReplyDelete
  7. Mak Usu ~ hihi wrong typing =p amin..

    deqnoor ~ amin .. tuan dia nangis sbb beruk tu dia bela sejak kecik lagi .. tp nk buat cmner .. takut nanti dia gigit org lain pulak .. :(

    Masz ~ amin .. mmg menakutkan .. gigitan dia berbisa.

    Eryati ~ kera dan pisang tak dpt dipisahkan . hik hik hik .

    ReplyDelete
  8. salam kenal,


    beruk ni kan..dia ske kt org pempuan kan..dia garang dgn org lelaki..

    semuga beliau cepat sembuh..aminn..
    jangan risau ea :)

    ReplyDelete
  9. beruk mmg takder insuran

    lagi2 beruk kat kuala selangor tu..

    ReplyDelete
  10. memang patut kena tembak..jaat..

    ReplyDelete
  11. aduh..menakutkan tul..~
    dulu kecik2 pun byk kes kat kg..pastu kalo lalu kwsn ada beruk mmg takut amat..~

    mudah2an ayohngoh cepat sembuh~

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤