Mengkritik Boleh , tapi ..

Assalamualaikum & Happy Tuesday Lalink !


Ramai dikalangan kita yang suka mengkritik kan . err bukan ramai .. boleh dikatakan semua . Tak kira la kritik sesuatu perkara atau mengkritik orang lain . Korang tahu tak , nak kritik pun kena ada caranya . Kalau boleh kritikan kita tu boleh buat orang yang dikritik tu  insaf dan memperbaiki kelemahan dia . Tapi kalau tak betul cara kritik kita .. mahu bergaduh sampai bermusuh . ye dak ? 

oke , meh aku sharekan skit tips macam mana cara kalau nak mengkritik


 tolong la jangan guna perkataan kasar atau yang memperkecilkan orang yang nak dikritik ketika mengkritik .


Jangan mengkritik ketika korang dalam keadaan emosi tak stabil .. contoh tengah marah atau sakit hati .. nanti lain plak jadinya . normalkan dulu emosi tu biar dalam keadaan waras .


Kalau boleh cuba elakkan guna perkataan 'tidak pernah' , selalu atau yang sewaktu dgnnya ketika mengkritik .. contohnya ' ko ni kan tak pernah buat keje dgn betul! ' .. cuba tukar jadi ' aku tengok keje ko kurang memuaskan la akhir-akhir ni' .. kan sedap sikit dgrnya :)


Ketika mengkritik .. jangan sesekali korang samakan orang yang dikritik dengan sesuatu yang lain .. contoh ' ko ni buat keje lembab cam kura-kura la' .  cuba kalau orang cakap kita camtu .. mesti terasa kan .


Jangan menghina atau menghukum terus seseorang tu . ingat maruah dan harga diri dia perlu jugak kita jaga walaupun nak kritik .


Kalau boleh .. nak kritik tu , guna ayat yang boleh difahami dan jelas tapi tak kasar . tak payah nak berkias-kias , nanti orang yang nak dikritik tu pun tak paham .


Jangan terus mengkritik berdasarkan gosip yang kita dengar . cari bukti dulu . nanti kalau salah apa yang kita dengar tu , kan ke lain jadinya nanti . dengar jer khabar angin terus melulu nak mengkritik . padahal benda tu belum tentu betul .


Oke . done . boleh guna tak tips2 nih ? so . kritik lah secara berkhemah berhemah  :)


psstt ~ bagi tips berdasarkan pengalaman nih ^_~


5 comments

  1. aah...kte klo nk kritik org kena gurau sket2...biar x nampak serius...

    ReplyDelete
  2. thats right sis..
    nak kritik kena hati2 dan menjaga kata2..manusia pun ada perasaan juga..huhuhu..

    ReplyDelete
  3. betul jugak la akak.. selalu bile kite tegur gune perkataan "xpernah". buat orang yang ditegur tu lagi naek angin kan? hukhuk

    =.=

    ReplyDelete
  4. Yumida ~ yup.. tmbh2 kalo nk kritik kwn =)

    arifah ~ :)

    biela bell ~ yg penting perkataan yg digunakan =)

    Rafflesia ~ ^_~

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤