Review - Adnan Sempit 2

Assalamualaikum & Happy Friday lalink !





Janji nak review kan . hihi . oke meh aku citer sikit .

Kisah dia pasal si adnan yang sampai sekarang still tak berubah lagi corak kehidupan dia tapi dah tak merempit dah . dalam movie ni dia dah kapel  dengan nadia . opsss panggilan manja dorang 'papa , mama' . lawak-geli-geleman . 

Adnan dgn Nadia mmg kapel yang manja dan gedik , tapi hubungan dorang tak disukai oleh mak bapak Nadia . Walaupun keluarga menghalang , dorang nak jugak kawin , siap nak lari kawin kat siam kalau tak dapat restu - *part ni lawak jugak 

Tapi , Akhirnya Bapak dgn Mak Nadia setuju jugak  dengan bersyarat . HAHA syarat dia , Adnan kena belajar cara hidup orang corporate *Adnan tak reti sebut dia sebut org koperasi- dalam masa 30 hari - kena belajar cakap omputih , kena belajar main golf , belajar guna komputer & last dia kena buat perbentangan kerja depan delegasi luar utk syarikat Nadia. hik hik hik .
* Adnan pengsan lepas dengar syarat nih .

Masa dalam proses nak tranform diri ni . banyak kisah lucu yang berlaku . sebutan english Adnan memang kelakar-gila . semua di bantai sebuat ikut ejaan melayu .

Nadia pulak , dia dikenakan syarat untuk belajar jadi Isteri Mithali . hahh time ni la muncul sepupu nadia  *slh seorg ahli kump.Balas yg suka ckp double meaning tu , lupa nama dia apa .
Sepupu Nadia ni seorang lelaki lembut , dia yang akan ajar Nadia mcm mana jadi Isteri Mithali .    *ermm kurang kelakar 


*ada jugak part yang agak bosan  @_@ . *rasa nak tido . eh , boleh pulak :p


Kisah adnan dengan bobby pun boleh tahan kelakar . Bobby dengan Wawa sama dalam AS1 , selalu gaduh . Ada part Adnan kejar Bobby masa Bobby frust dia pegi lumba motor  - tu bagi aku agak bosan . tapi ada jugak time kelakar dia .. oh ya , time dorang bawak motor naik tangga bergerak kat Mall . Hahh yang tu aku gelak . 

Hubungan Adnan dengan Nadia goyah bila sepupu Nadia ni yang memang diupah oleh Bapak Nadia untuk rosakkan hubungan dorang datang rumah Adnan , konon-konon nak ajar mengurut . Adnan pun belajar la mengurut dengan dia . Duk asyik ngurut-ngurut tu, Nadia datang . bila tengok keadaan Adnan dengan sepupu dia yang macam  @$%&GJS^$$^   tu , Nadia ingat yang Adnan dengan sepupu dia ni buat benda tak elok :p

Part yang memang paling lawak ialah masa Adnan nak kena buat perbentangan dekat Orang Arab di pejabat Nadia . Adnan still tak pandai cakap omputih , jadi jalan mudah . dia pakai earfon kat telinga pastu si Bobby dgn Wawa tukang baca skrip. So Adnan cakap omputih ikut apa yang Wawa cakap dalam telefon . Apa yang Wawa cakap dia ikut cakap , sampaikan Wawa gaduh cakap dengan Bobby pun dia ikut cakap . HAHAHA . 
Memang lawak sangat !


Mak aihh pjgn betul review . hehehe . 

Oke dah dah . nak tahu apa ending dia , pegi tengok sendiri :p 

Komen aku ~ Berbanding Adnan Sempit dulu dengan Adnan Sempit2 ni , Adnan Sempit2 lagi best la . kalau nak hilangkan stress ke apa , boleh la pegi tengok .

Bintang aku bagi 4 / 5 . 

eh , ingat ek . ni pendapat peribadi aku . Orang lain aku tak tahu . :)

Weeda cakap movie ni best sangat  *tak berenti dia gelak . hehe. Tapi Mr.Cardigan cakap tak best langsung .Terpulang kepada deria-lawak masing-masing oke .




Psstt ~ Sangat TAK SABAR nak tunggu movie 7 PETALA LANGIT ditayangkan :) 


9 comments

  1. nampak gayanya... nak tengok adnan sempit2 ni lah sabtu ni... heheh...

    ReplyDelete
  2. fatin ni pandai betul wat review..
    terasa nk g tgk plak nie..
    huh..
    dop sabo lak.

    ReplyDelete
  3. Masz ~ pegi pegi .. hiihi

    Shark ~ fatin ? errr sy fiza .. hihihi ..

    ReplyDelete
  4. salam akak... =.=

    review akak part adnan buat perbentangan tu syieda ase macam best je cite ni... hahaha.. xsabar pulak nak g tengok cite ni.. hihihi

    ReplyDelete
  5. review fiza ni mmg buat sy nak sgt2 tengok..malangnya d ranau ni mana ada panggung..ngehheehh

    ReplyDelete
  6. Beli DVD jer lah nampak nya ☺

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum fiza...mcm best jer cite ni kan...:)

    ReplyDelete
  8. bace review neh pown kelakar,ni kan cite die..wajib kene tengok ni..hehe :)

    ReplyDelete
  9. Rafflesia ~ w'lam .. HIHI part tu la paling very de lawak :)

    Eryati ~ alaa .. erm xpe lah .. tggu DVD or Astro First =)

    fiza ~ ;)

    masszull ~ W'salam mama , best ..jugakk .. hihihi

    missxiera ~hihihi pegi la :)

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤