Sakit Hati , Geram tapi Sabar lagi .

Assalamualaikum .


Penat . Aku baru balik dari Maybank  untuk buat akaun Maybank Weeda . 
urusan yang aku rasa boleh siap dalam masa 1 jam atau koman koman pun 2 jam dah jadi 4 jam . diulangi 4 JAM ! 
Mahu aku tak bengang . Memula tu pegi Maybank , macam biasa beratur nak ambil no giliran . yang tu ok la kan . Bila sampai jer turn kami , dia nak scan jari untuk Mykad Weeda . 4 kali buat tak jadi . Aku pun tak tahu kenapa . Sama ada masalah Jari Weeda , Cip Mykad or Mesin pengimbas  tu rosak. Bila dah tak boleh macam tu , pegawai Maybank yang bertugas suruh kami pegi JPN dulu , ambil maklumat cip sebab kalau tak boleh imbas jari , permohonan tak boleh buat . Bila dia dah cakap camtu , kami pun bergerak la pegi JPN  .

JPN dgn Maybank dekat jer , tapi walaupun dekat takkan la kami nak jalan kaki kan , kalau jalan kaki , sampai pintu JPN harus aku pengsan . Bila sampai JPN , masalah biasa yang dialami oleh orang awam yang nak berurusan dengan pejabat kerajaan .. Parking tak ada . 
So aku pun dengan niat nak masuk kejap jer , parking la kete kat betul-betul depan JPN , atas garisan kuning . ye , memang kat situ tak boleh parking . Tapi dah tak ada parking , terpaksa la.
Dalam hati duk berdoa jer , jangan la kene saman .

Hampir 1/2  jugak la urusan di JPN. Masa berurusan dikaunter tu kejap jer tapi sebab nak cari kaunter , intai-intai parking , jadi lama jugak la. kaunter banyak , pegawai bertugas ramai dan MESRA dengan pelanggan . Bagus kan :) . 
Masa nak ambil maklumat cip tu , pegawai JPN ada tanya untuk tujuan apa ambil maklumat ni , so aku jawab la untuk urusan buka akaun di Maybank , Org Maybank kata jari adik aku tak boleh diimbas . 
Bila aku dah cakap camtu , dia pun try la imbas jari Weeda guna pengimbas jari dia . 
ehhhh . ok jer . boleh imbas . cip pun tak rosak .
So , apa masalahnya? ermm . ada sedikit rasa  GERAM  disitu dgn Maybank.

Selesai urusan di JPN . cepat-cepat aku keluar nak pegi kat kete . TAPI .. oh tidak .. penguatkuasa Perbadanan Putrajaya sedang menulis sesuatu kat depan kereta aku ! kompem SAMAN !

Laju jer aku tinggal Weeda kat belakang terus pegi dekat brader p/kuasa tu . 

aku : eh , dh tulis ke saman ?
p/kuasa : pegi mana tadi ?
aku : hantar dokumen kat JPN . kejap jer tadi . *tipu sunat
P'kuasa : ermm saya dah tulis dah , tapi tak pe lah , saya batalkan . Dah , pegi masuk kereta .
Aku : terima kasih cik  . 3X

fuhh dalam hati lega tak terkata .

Bergerak ke Maybank . pening pulak cari parking . Masuk Maybank , kene beratur balik . adehhh . ramai pulak tu orang . ok tak pe . kene sabar .
Sampai giliran kami , pegawai pompuan yang kami berurusan tadi suh tunggu sementara permohonan di proses . aku cakap kat dia yang dekat JPN tadi jari adik aku boleh jer diimbas . pegawai tu cam tak puas hati je aku cakap camtu . ye la . tadi maybe dia yang tak betul-betul buat atau mesin tu yang rosak kan .

lebih kurang 45 minit . nama weeda dipanggil .. hahhh part ni la yang buat aku GERAM SANGAT .Masa permohonan Weeda di proses tu , skali lagi jari dia kene imbas . tapi guna imbasan lain la .kat bahagian pemprosesan pulak . eh ok jer . tak ada masalah . Pastu dia boleh suruh kami ambil balik maklumat cip yang kami ambil kat JPN tadi sebab tak diperlukan . aduhhh .. kan ke buang masa kami pegi JPN tadi , dengan kelam kabut . pastu bila serah kat Maybank dia cakap tak diperlukan pulak ! aihhh ...

Aku cakap kat pegawai lelaki yang proses permohonan tu . 'eh tadi pegawai kat kaunter depan scan tak dapat . pastu dia siap suruh kami pegi JPN lagi ambil maklumat nih . takkan tak nak guna pulak' . pastu dia jawab . 'oh tadi saya scan boleh je . so maklumat tu tak guna lah . Mesin imbas kat kaunter depan tu memang selalu mcm tu' .

Boleh bayangkan tak macam mana perasaan kami masa tu ? sakit hati kan . Dah la Weeda  kejar masa nak kene masuk keje balik . kalau kami tak pegi JPN tadi , boleh jimat masa 1 jam .
Cuma yang nasib baiknya JPN dgn Maybank tu dekat je . Boleh lagi kami bersabar .
Aku faham dengan kesibukan nak melayan orang ramai yang nak berurusan , tapi kalau boleh jangan la menyusahkan orang macam ni :(  
Nasib baik tahap kesabaran aku agak tinggi hari ni .




7 comments

  1. sesuai sgt dgn tajuk n3 ni..

    ada masa2nya kita terperangkap dgn perkara mcm ni.

    kadang2 tu serentak pulak..nak,tak nak terpaksa hadap juga kan.

    mungkin ada hikmah semua ni..anggap saja ujian dr Allah.

    ReplyDelete
  2. cinnamon.com ~ a'ah .. lgpun nak marah pun tak guna .. entah-entah ada yg lg teruk kena ..

    ReplyDelete
  3. DN pun xsuka berurusan dgn maybank.. huhu...

    ReplyDelete
  4. wowwww marah nampak =) heheheh SABAR okay =)

    ReplyDelete
  5. dah tahu mesin scan tu selalu macam tu kenapa tak tukar... masa byk di buang macam tu jer...

    ReplyDelete
  6. deqnoor ~ Maybank yg sy pegi ni mmg sgt slow .. :(

    Emma ~ hihi sabar sabar . :)

    Shark ~ alamakk .. nanti kene jail pulak .. tak mau :p

    Masz ~ itu la pasal ..

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤