Artis | Luahan Malique - Pengharaman lagu BAWAKU PERGI

Assalamualaikum .

hi lalink !

Dah tahu kan Kontroversi lagu BAWAKU PERGI nyanyian Zizan ft Kaka kan . Disebabkan banyak pihak buat aduan pasal lagu tu , akhirnya .. kerajaan dah ambil kata putus untuk haramkannya.

Ini ialah luahan hati Malique mengenai pengharaman lagu tersebut.



Pagi tadi, Zizan (Raja Lawak) menelefon saya mengatakan surat sudah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. dengan segera.

Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan yang Zizan, Kaka & saya telah ditindas.

Keputusan ini dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek & berkepentingan politik secara jelas’nya.

Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali.

Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.

Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu.

Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya.

Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut?

Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.






Bila baca luahan Malique ni,  kesian pulak . :( tapi nak buat macam mana , keputusan dah dibuat . Bila hidup bermasyarakat , sensitiviti kena jaga . Setiap orang ada pendapatnya sendiri .
nak tak nak , kena terima .





10 comments

  1. orang kalau dah tak suka, macam tulah... ada sahaja yg tak kena walaupun elok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la . lain org lain pendapatnya kan .. :)

      Delete
  2. mgkin ada benarnya ..
    tp sekarang ni kebetulan banyak kes budak lari dr rumah kan..tu yang macam ada kena mengena dgn lagu ni..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum fiza...mcm2 skg ni lagu tu yg jadi mangsanya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :( zizan ngan kaka pun kesian jugak .. huhu

      Delete
  4. Aloh kecian nye . Emang lagu nie best hewhew tapi dah tak nak siar dah , k sempat download dah ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi . ari tu bukak kt utube pun ada lg .. :)

      Delete
  5. kepada malique.
    kepada saya, kedua-dua pihak bersalah, kerajaan tidak patut mengharamkan tanpa perbincangan dan di luar pengetahuan anda, kerajaan seharusnya mengadakan perjumpaan dua hala dan mendengar penjelasan daripada anda sebelum membuat apa apa keputusan,
    Tetapi, anda juga bersalah, kerana lirik yang ditulis memang menimbulkan banyak syak dan spekulasi tersendiri, seperti “jangan bilang mama jangan bilang papa……..terjun loteng, hero sudah sampai” jika anda jujur menulis lagu ini untuk isteri anda, apakah metafora disebalik lirik itu? “lari dari kewajipan” kita sebagai seorang muslim tidak harus meninggalkan kewajipan walau dimana kita berada. disamping itu, anda sebagai seorang penulis, memang tidak salah anda berkarya, tetapi sebagai seorang penulis lagu, anda seharusnya memikirkan tentang pendengar-pendengar anda, rata-rata pendengar masa kini adalah remaja belasan tahun, yang sedang meningkat dewasa, tidak sepenuhnya matang, dan tidak semua mempunyai minda pentafsiran seperti anda, mereka boleh tersalah tafsir dan mengambilnya secara serius, itulah remaja, oleh itu, jika anda tidak memikirkan tentang golongan pendengar ini, anda sebagai penulis lirik profesional telah gagal dalam tugas anda.
    Tentang masalah remaja lari rumah, memang tidak dapat dinafikan berpunca daripada masalah keluarga dan masyarakat kini. tetapi kita tidaklah perlu menambah dengan membuat lagu yang ditafsir oleh mereka menggalakkan lagi jiwa gundah para remaja yang belum teguh, dengan iman dan belum penuh dengan ilmu untuk membezakan antara baik dan buruk, sebagai penjelasan, lagu ini lazimnya didengar ketika sedang bersantai dan sebagainya, lirik lagu didengari mampu diserap oleh minda separa sedar mereka dan secara tidak sedar minda mereka telah di hipnosis dengan lirik yang telah disalah tafsir ini, lalu mereka kian mudah terpengaruh dengan pujuk rayu kekasih atau tekanan keluarga untuk melakukan idea-idea yang tertulis dalam lirik lagu ini,
    Bukan salah anda para pendengar menyalah tafsir lirik ini, tetapi anda sebagai penulis juga haruslah mengambil pendapat mereka demi membaik pulih diri dan kerjaya anda sendiri, siapalah seorang penulis lirik tanpa pendengarnya? selain itu anda juga tidak harus menyalahkan ibu bapa yang terlibat dalam kes lari rumah ini, mereka sudah cukup terluka dengan perkara yang berlaku dan kita tidak memahami perasaan mereka yang kehilangan ini, apakah perasaan anda jika perkara ini berlaku kepada keluarga anda? diri anda? hanya tuhan sahaja yang tahu betapa mereka berasa kesal atas perkara yang berlaku. mereka hanyalah ibu bapa yang ingin melindungi keluarga mereka.
    Akhir kata, anda seorang penulis yang berbakat, saya meminati dan menghormati semua karya anda, sebagai seorang insan, apa yang mampu anda lakukan ialah mengambil perkara ini sebagai satu kritikan yang membina, menjadikan diri dan karier anda lebih baik, tabahkan hati, kuatkan iman sesungguhnya apa yang berlaku ada hikmahnya.
    Kepada masyarakat yang membandingkan kes pengharaman lagu ini dengan lagu barat, mengapa kita sebagai manusia harus membandingkan dengan sesuatu yang lebih buruk? mengapa tidak kita membandingkan lagu ini dengan sesuatu yang lebih baik? sebagai bonus kita boleh mengambil iktibar dari sesuatu yang baik untuk membaiki diri kita. tiada komen untuk lagu lagu barat dan lirik mereka. itu mencerminkan masyarakat mereka sendiri. kita sebagai rakyat malaysia seharusnya membuktikan kepada dunia bahawa kita belum lagi menyimpang jauh dari nilai nilai ketimuran yang menjadi kebanggaan negara. perlukah kita mengikut corak hidup barat untuk maju? fikir-fikir kan lah.
    we are not here to follow them, we are here to surpass them, in our own unique way.-Hamba Allah

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤