lelaki kejam, tergamak pukul IBU sendiri .

1:18 PM

Assalamualaikum .


entah la .. aku tak tahu apa nak jadi dengan dunia sekarang . eh .. bukan dunia yang bersalah , sesetengah manusia yang duk atas dunia ni yang salah , suka buat kezaliman .

Aku nak ceritakan satu kes . Anak pukul Mak . dan mereka ni memang aku sangat kenal .
Aku namakan lelaki yang pukul mak dia ni dengan B .

Sebenarnya dah lama aku tahu B ni selalu marah-marah mak dia , tak bercakap sampai sebulan , dia anggap mak dia macam tak wujud dalam rumah tu .
Si mak ni .. setiap hari makan hati je . memang kesian aku tengok keadaan mak dia .

Semalam , dia panggil mak dia 'gila' . dan hari ni .. dia pukul mak dia . pegang leher . hantuk kepala kat dinding . Ya Allah .. sampainya hati buat mak macam tu .. sedih bila terbayangkan muka mak cik tu :(.
Sebabnya hanya kerana mak dia minta perlahankan radio .

Bila dah sampai tahap macam tu , anak perempuan mak cik tu bawak dia keluar dari rumah dia pegi rumah adik mak cik tu . Kira mak sedara lelaki tu . Laporan polis dibuat . dan aku harap sangat lelaki-gila tu di tangkap . 

Dulu ..
Lelaki ni sangat baik , malah dia selalu nasihatkan adik-adik aku supaya hormati ibu , dengar cakap orang tua , jgn lukakan hati ibu . Tapi sekarang ? kenapa perangai dia dah macam perangai iblis ? *erm mungkin disebabkn 'benda' yg dia ambil tu .

Umo lelaki ni sebaya aku .

Ya Allah . lindungi Makcik tu , berikan dia kekuatan dan kebahagiaan , 
dan 
Kau berilah pembalasan kepada anak derhaka itu setimpal dengan perbuatannya dan kau bukakanlah hati dia untuk minta ampun dengan ibunya. 
Amin .


Anak lelaki .. sampai mati pun SYURGAnya tetap dibawah tapak kaki IBU .


You Might Also Like

20 Adam Hawa Comel

  1. berubah dalam sekelip mata...moga allah tunjukkan jalan kepada dia..

    ReplyDelete
  2. mungkin dia menghadapi masalah peribadi atau di tempat kerja menyebabkan dia menghadapi tekanan yagn sungguh hebat hingga tak dapat nak menilai mana satu baik dan buruk. Tetapi seharusnya ibu bukanlah tempat untuk kita melepaskan amarah dan ketidakpuashatian kita kan....berdosa..tak cium syurga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju kak , baik dia g lepas kat pokok tepi sungai tu lagi baik .. pukul pokok tu .

      Delete
  3. baru pagi tadi tgok rancangan tanyalah ustaz..tentang menghormati ibu.

    akhir zaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dunia akhir zaman, kdg2 sesuatu yg jadi tu . tak terjangka.

      Delete
  4. jemput join segmen pka

    http://pkaemerald.blogspot.com/2012/03/pka-rahim-segmen-rakan-blogger-saya.html

    tq :)

    ReplyDelete
  5. Kalau dah dxxxh jadi pilihan, wire pun boleh tercabut.. bila wire otak dah tercabut, baik buruk dah tak kenal dah.. takleh nak fikir panjang.. Semoga ibu malang itu dilingungi oleh NYa.

    ReplyDelete
  6. erm..tergamak dia buat mak dia mcm tu..dh lh syurga di bawah telapak kaki ibu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila nafsu syaitan menguasai akal. macam tu la jdnya

      Delete
  7. tak tau nak ckp ape dah..nape ye manusia dah berubah menjadi kejam skrg..salah siapa ye..penat jer dari kecik mak ayah didik..last2 jadi gitu..mintak dijauhkan dari keturunan kita..

    ReplyDelete
  8. moga ada kesedaran di hatinya nnt....amiinn

    ReplyDelete
  9. ya Allah..kenapa la boleh berubah jadi sampai mcm tu..harap2 Allah lembutkan la hati dia tu supaya cepat2 sedar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin .. moga dia erubah dan bertaubat.

      Delete
  10. kesian nya mak cik tu... sampai hati dia buat macam tu...
    kita doakan dia cepat sedar akan perbuatannya sblm terlambat...

    ReplyDelete
  11. kdg2 x terkata dgn tindakan gila sesetengah org..hmm~

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Follow me on IG !

Like us on Facebook