Menari seksi denda RM25

Assalamualaikum .

hi lalink !

SEREMBAN: Tiga wanita termasuk berusia belasan tahun didenda RM25 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana berkelakuan kurang sopan dengan berpakaian dan aksi mengghairahkan di sebuah pusat hiburan di sekitar Nilai, dekat sini, Sabtu lalu.
Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, mengangguk faham terhadap tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Ketiga-tiga tertuduh yang memakai baju kurung dan bertudung, kemudian membuat pengakuan bersalah.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menari di atas pentas dengan pakaian dan aksi mengghairahkan serta berkelakuan kurang sopan di tempat hiburan awam.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah pusat hiburan di Putra Nilai, Nilai, kira-kira jam 2.20 pagi, 24 Mac lalu. MyMetro


semoga mereka ni bertaubat la lepas ni , jangan sebab denda murah, dorang buat lagi sudah.





5 comments

  1. murah sgt kn rm25.. lepas ni buat lagi.. manusia bukan thu serik.. die buat tarian tu dlm lagi byk.. takat rm25 tu sikit je.. hope xde la buat lagi.. memalukan je.. tgk muka kt kosmo mcm bangga sgt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ahh .. muka dorang ada kt kosmo kan .. buat malu je :(

      Delete
  2. assalamualaikum fiza...yer lasikit sgt denda nya tu...esok boleh buat lg...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam mama =) tu la , mintak2 jgn diulangi ..

      Delete
  3. murah je..! kalau kenakan rm2500... baru sesuai..!

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤