Tingginya Iman Wanita Ini

5:14 PM

Assalamualaikum .


SUMAYYAH BINTI KHUBATH . kenal nama tu kan . Wanita pertama yang mati syahid dalam sejarah islam . 

Aku suka baca kisah Sumayyah . Penderitaaan sebenar seorang wanita dalam memperjuangan agamaNYA . Diantara ramai golongan wanita pada zaman Rasullulah SAW dulu , tak ada yang lebih menderita dan  mencabar perjalanan hidupnya berbanding Sumaiyyah binti Khubath r.a .

betapa tabahnya dia .

Sumayyah asalnya seorang hamba milik Abu Huzaifah bin Al-Mughirah dari suku kaum Makhzum dan dikahwinkan dengan Yasir bin 'Amir di Makkah oleh Abu Huzaifah . Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang putera iaitu 'Ammar . Mereka sekeluarga merupakan  antara yang terawal memeluk Islam . 

Bila kaum Quraisy yang diketuai oleh Abu Jahal tahu  keluarga Sumayyah memeluk Islam , Kaum ni  telah melakukan kekejaman dengan menyeksa keluarga ni dengan pelbagai cara agar mereka meninggalkan Islam . 

Tubuh mereka hancur akibat sebatan orang-orang musyrikin , ditindih dengan batu-batu besar hingga lembik , diikat pada batu dan kayu dibawah matahari terik . Malah mereka turut diseret di atas batu-batu tajam dikawasan berbukit . Semuanya untuk membuatkan keluarga ini Murtad . Sumayyah memang tidak sekuat orang lelaki , tetapi demi menjaga iman , wanita ini sanggup tanggung pelbagai seksaan yang mungkin tidak kuat ditanggung oleh seorang lelaki .

Boleh bayangkan tak macam mana seksanya Sumayyah ketika itu :(

Ketabahan dan ketetapan iman Sumayyah buat Abu Jahal rasa tercabar setelah pelbagai cara yang dilakukan tidak goyahkan sedikit pun Iman Sumayyah . Dan akhirnya , Kekejaman Abu Jahal terhadap Sumayyah sampai kemuncaknya bila dia di 'sula' oleh Abu Jahal dengan menggunakan sebatang tombak . Ya Allah . sungguh kejam ! 

Akhirnya Sumayyah mati syahid dengan penuh kerelaan untuk bertemu penciptanya dalam keadaan yang sangat taat . Sumayyah mati Syahid pada tahun ke-enam sejak  Rasullulah SAW  diutuskan . 
Abu Jahal pula mati dibunuh dalam Perang Badar .



* Boleh ke kita hari ni sekuat , setabah Sumayyah ? Sanggup lalui segala dugaan demi agama  ALLAH SWT . erm .. 


psst ~ Pernah dengar tak lagu Sumayyah by Hijjaz ? sedih kan lagu tu :(




You Might Also Like

5 Adam Hawa Comel

  1. besarkan pengorbanan Sumayyah...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...semoga kita mendapat sikap sekuat dan setabah Sumayyah ini...:)

    ReplyDelete
  3. Yumida ~ mmg besar ..

    Rtp ~ :) a'ah .

    H.J ~ yup .. patut dijadikan idola .

    maszulln ~ w'lam mama , I'allah .. =)

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Follow me on IG !

Like us on Facebook