Weekend #2 | Kisah Hidup Di Pagi Sabtu

Assalamualaikum .

hi lalink !

Pukul 5.00 pg alarm henpon aku dah bunyi lagu rock dah , adehh hujan-hujan macam ni memang malas nak bangun kan :) tarik sikit selimut , tukar waktu alarm pukul 6.00 pg . 

Jam 6.00 pg , memekik balik henpon nih . ishhh kacau je lah . 'alaaa pejam mata, tarik balik selimut tu ' - setan nirojimmm duk main bisik-bisik kat telinga nih :p

Tapi aku gagahkan jugak mata ni , bangun , kejutkan Mr.Cardigan - tunaikan yang wajib pastu ingat nak kejutkan adik aku weeda . Dia keje hari ni . katanya ada 'parents meet' erm . ehh tengok-tengok weeda dah siap mandi dah pun :) bagus-bagus , biasa aku yang kejutkan , tapi hari ni dia awal pulak :) Mungkin program hari ni penting kot . so tak boleh lambat . 
ermmm mungkin ^_~

Aku ke dapur , nak buat nasi goreng . dah siap masak rencah nasi goreng , siap letak ayam lagi . ambik nasi nak masuk dalam kuali , tengok-tengok .. ehhh asal bau semacam je nasi ni ? semalam dah panaskan . takkan basi kot ? adehhh .. sayangnya :( 
fail projek nasi goreng aku :(
Moral dia - lenkali sblm masak rencah , tengok nasi dulu oke :p
Nasib baik Weeda kata dia memang tak nak bekpes , kenyang katanya . kalau tak kesian pegi keje perut kosong .

Kul 7.15 , masih hujan lagi kat Putrajaya ni . Aku keluar nak hantar Weeda ke Presint 18 . Dia Cikgu Tadika kat situ :) best tau , setiap kali balik keje , weeda selalu bercerita pasal kerenah budak-budak kat tadika tu .. hihi sakit perut aku gelak. tiba-tiba rasa nak jadi cikgu tadika :p boleh ?

Lepas hantar Weeda , singgah isi perut kereta comelku kejap . Pastu pecut ke Presint Diplomatik , Baru-baru ni aku ada perasan kat situ ada kedai letak banner jual Nasi Kerabu . Ingat nak beli bungkus je lah untuk bekpes , dah nasi goreng tak jadi :p
Sampai sana , aikk dah tak de dah banner tu ? masuk kedai tanya kakak kedai tu . Dia kata tak de jual nasi kerabu kat sini . haishhh .. aku pandang kakak kat kaunter bayaran - ermm dah tukar tokey la ni . ishh .. gagal lagi bekpes aku :(

Aku tak nak beli kat situ , tengok lauk macam tak menyelerakan .. tiba-tiba teringat gerai yang Mr.Cardigan selalu beli bekpes , terus pecut ke sana . Kat Jalan nak ke Bangi , keluar ikut 'Gate 1' 
Sampai sana , alhamdullilah . gerai tu bukak . 
meh nak promote sikit kat kawan-kawan yang duk Putrajaya ni - kalau nak rasa makan pagi sedap .. nasi berlauk , nasi kerabu , laksam .. hahh pegi la beli kat sini . Ni bukan gerai yang betul-betul kat 'Gate 1' tu tau . Gerai ni kat depan lagi .Tepi Jalan :) kalau kita ke arah Bangi , gerai ni sebelah kanan . so kena u-turn lah .
Harga mahal sikit , tapi puas hati la , SEDAP :)
So , silalah ke gerai tersebut beramai-ramai :)

Oke .. berjaya beli bekpes . Ni first time aku beli bekpes kat luar . drive sendiri . biasa ni semua keje Mr.Cardigan :p tapi dah pg tadi aku hantar Weeda . terus beli la .Kesian nak kejut Mr.Cardigan lepas solat subuh tadi .lagi pulak kul 10.00 pg nanti dia keje . 
biar la dia tido dulu :)

Kul 8.30 pg, sampai la kat rumah . hujan dah reda sikit. Letak nasi atas meja . Kemas rumah kejap , pastu bukak fb, bukak blog , 
update perjalanan hidup aku untuk pagi Sabtu nih . sementara nak tunggu kejut Mr.Cardigan pegi keje :p

Sekian .


pstt ~ rasa dah macam buat ID Penyiasatan pulak . hehe ^_~





5 comments

  1. assalamualaikum fiza...setiap hari yg dilalui pasti ada ceritanya mmg menarik hidup inikan jika kita lalui hari2 itu dgn hati yg gembira...:)

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤