Kecewa dengan Mereka


Assalamualaikum .

hi lalink !

#entry panjang berjela :p

Yeayyyy .. sedang hirup udara nyaman dengan gembiranya di Kampung :) sambil melayan kerenah anak sedara dan adik yang tak habis-habis duk gaduh tu , buat aku senyum sendiri :D 
Gembira kat sini pun , terselit jugak rindu kat Mr.Cardigan , Mr.Cardigan tak ikut balik sebab keje :(

Semalam memang sesuatu yang kira 'adventure' la bagi aku dalam perjalanan nak balik kampung tu , situasi penat , sakit hati , geram , bengang , semua ada . haishhh . meh la nak citer kronologi dia ..

Aku turun rumah kul 8.30 pg , balik kampung dengan Weeda . Mr.Cardigan hantar ke Putrajaya Sentral untuk naik tren ke Bandar Tasek Selatan . Saja je aku nak bagi Weeda rasa naik pengangkutan awam . Dia tak penah naik tren . so nak bagi dia rasa pengalaman tu walaupun aku pun memang tak biasa naik tren . Bukan tak penah naik . tapi naik pun 2 ,3 kali je dalam setahun .

Kami beli tiket di kaunter Putrajaya Sentral , tak ada masalah . petugas tu pun mesra alam je .
Sampai di Bandar Tasik Selatan , orang ramai sangat . Stesyen dia pun 'under renovation' , so nampak kelam kabut la . Sampai di kaunter tiket .. ramai orang beratur .kami pun beratur la jugak nak beli ticket
Sampai turn aku , aku nak tanya petugas lelaki tu pasal kad rapidkl yng kaler merah tu , saje2 nak tanya camne nak guna *kad tu kawan yg bagi . Bila tengok aku keluarkan kad tu , terus dia suh aku pegi ke kaunter touch&go kat sebelah .

Aku : saya nak tanya ....
Petugas : hahh .. pegi sebelah , pegi sebelah ..
Aku : takk saya nak tanya dulu mcm mana nak guna kad ni ?
Petugas : yeeee .. pegi je sebelah . kaunter sebelah tak ada orang tuh .

Bila dah dia duk halau aku camtu , malu jugak kan kt orang belakang , so aku pun pegi la ke kaunter sebelah .

Di kaunter kad pulak 

Aku : Cik , macam mana nak guna kad ni ye ?
Petugas (perempuan ) : Guna je macam biasa ..
Aku : Macam biasa tu macam mana ?
Petugas : alahhh macam biasa lah ! 
Aku : Cikkk .. sy ni tak biasa guna kad ni , tu sy tny macam mana nak guna . kalau sy biasa guna .. xde la sy nak tanya cik .
Petugas : errm .. guna kad ni sebagai ticket la , so sekarang ni top up kad ke , nak touch ke destinasi ?
Aku : errr .. ermm xpe lah .. sy xth ada balance ke tak dalam tu .. awk top up la RM10 . pastu sy nak pegi Titiwangsa . 2 orang .
Petugas : kad ni cuma boleh guna sorang je .
Aku : hahhh .. laaa .. so kena beratur balik la kt sebelah untuk beli ticket lg satu ? 
Petugas : * buat senyum kambing yang tak penah jumpa air !


Aku pun pegi  beratur balik kat kaunter sebelah .. dan yang sangat menyakitkan hati aku ialah .. sampai je turn aku .. petugas tu keluarkan kertas 'sistem down' .. aduhhh . geram wehh .
Bila aku tanya , dia cakap ' pegi beli kat Mesin ye ' 

Sakit hati tak ?

Aku tak geram sebab 'sistem down' tapi tadi kalau elok je dia bagi aku beli ticket . mesti aku dah sampai pun kt Tiiwangsa :(

Sangat kecewa dengan cara mereka :(

Sampai di Titiwangsa 10.55 pg .. Alhamdullilah ticket ada untuk ke Jerantut kul 11 pg.
Perjalanan bas ok . tak laju dlm 100 - 120 km/jam jer :) cuma driver tu tak lekang ngan telefon kt telinga . kejap kejap cakap telefon . Asal tak mengganggu konsentrasi dia drive sudah , walaupun cara dia tu salah .

Sampai je simpang masuk ke Lanchang .. tiba-tiba bas aku naik berhenti . Driver bas turun . tertanya-tanya jugak kenapa, sebab driver tu tak cakap apa-apa pun . Bila aku jenguk kat bawah .

Hahhhh .. pintu kat tempat simpanan barang penumpang terbukak , barang jatuh ! Dah sudahhh , cmne blh jadi camni nih ? Driver tu punggah barang2 yang jatuh tu sorang-sorang . Tak tahu la barang sape dalam kotak , habis bertaburan :(

Lebih kurang 10 minit , perjalanan diteruskan . Masa dalam bas tu , orang sebelah aku berborak dengan driver bas tu , 

Org sblh : bila lagi pintu tu terbukak bang ?, 
Driver : Sy pun tak pasti , sy pun baru perasan masa tgk side mirror .
Org sblh : oo .. pastu kalau kes macam ni .. kalau misal kata ada barang yang dah jatuh kat depan-depan tu , kira pihak bas bertanggungjawab ke ?
Driver : eh tak tak  kami tak bertanggungjawab sebab benda tu ada tertulis kat belakang ticket , lgpun salah penumpang sendiri , sepatutnya biar driver je yang tutup pintu tu tadi . pintu tu memang ada masalah skit . sy je yang boleh tutupnya .

Dalam hati aku , oh kalau cmtu , pihak bas la yang salah sebab kenapa tak repair pintu tu kalau pintu tu ada masalah kan .ermm .. tak tahu la kot-kot ada barang sesiapa yang dah jatuh tanpa disedari . Nasib baik bag aku , aku letak kat kaki je .


Perjalanan diteruskan tanpa sebarang masalah dah selepas tu .
Alhamdulillah , kami sampai di Jerantut jam 2.00 pm .





psst - Walau macam mana sakit hati dan kecewa pun pengalaman aku dengan pengangkutan 
awam , aku tak penah serik untuk naik lagi :) 






12 comments

  1. ANDA TELAH DI "TEMBAK" OLEH SAYA DI :

    http://yayahnasake.blogspot.com/2012/04/giveawaya-first-ms-zayyad-giveaway.html

    ReplyDelete
  2. ish3..memang menguji kesabaran betul..terutama tang beli tiket kt tasik selatan tuh..

    ReplyDelete
  3. agak sedih bila dilayan mcm tu.. T.T

    ReplyDelete
  4. Allah SWT bersama hambanya yangf sabar,....
    keep smile apapun yang terjadi :)

    ReplyDelete
  5. tu la kan...nk wat cemana,sabo je la.....pihak bas ni pun satu laa...kasi repair la itu pintu simpan barang....haduuuiiii

    ReplyDelete
  6. Eyhh boleh pulak camtuu . kejamnyeee . manusia takde akal cmtu la kot . lau mulut nie tak de insuran dah sound depan depan hewhew

    ReplyDelete
  7. aduhai.. sian eks.. nih la namanya nak keja tp tak reti nak keja betul2>> mkn gaji buta.. huhuhu.. minta jauh la kann

    ReplyDelete
  8. ish..mmg sakit hati baca kisah sis ni..! boleh sis bsabar dgn sikap lelaki kat kaunter tikrt tu.!

    sis, lain kali sis tegas sikit, ckp je nk jumpe pihak atasan, kita de hak sbagai pguna sis..

    nur dulu, xpandai n takut nk kecoh2 ni, tapi bila dh selalu sgt kena tindas, skarang ni nur diam diri dah..!

    pernah di kaunter tesco, casher tu bling2 je barang yg nur beli. dgn muka masam mencuka, last nur amik semua barang2 tu nur lempar balik letak dalam plastik.

    chaser tu terkejut, semua org tgk. dan bila dia tgk nur, saje nur ckp kuat2 "alang2 dah nak lempor barang, kita join lempor sekalilah" dan2 dia buat elok2.. geram sis..! mcm tu je nak ajar diorg nih..!

    ish..terpanjang lak komen kat sini.. ter'emo' bc entry sis..hehehe

    ReplyDelete
  9. kes orang yang tidak bertanggungjawab...kekadang sakit hati...bangsa sendiri tu yang buat kita macam nie...Kancil pernah kena...masa datang ke KL...mentang2 kita nie orang Melayu..dilayan macam sampah...orang putih tu...punya baik...geram tengok orang macam tu...tapi pesan kawan...rezekinya ndak ke mana pun

    ReplyDelete
  10. mmg sakit ati..keje mkn gaji bute jer dorang ni..

    ReplyDelete
  11. hi..
    jemput join segmen pka.

    http://pkaemerald.blogspot.com/2012/04/segmen-pka-rahim-feberet-color.html

    tq :)

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤