Alat Timbang Untuk Kegunaan Orang Awam

Assalamualaikum .

hi lalink :)

Dah makan semua ? ke macam aku , diet . hahaha . diet la sangat . malam tak makan nasi , tapi bedal kopok lekor sepinggan . 

Semalam 04.04.12 , aku ada post status kat fb 'heading to LCCT' , so ada yang tanya ingat aku nak pegi bercuti ke mana , hihi . bukan pergi bercuti la yunk . 

Aku terlibat dengan program pelancaran Alat Timbang untuk kegunaan awam bersama Menteri Dato' Ismail Sabri Yaakub kat situ . Program tu anjuran Metrology Corp. so secara automatiknya unit aku pun terlibat sama lah . 


Pameran Metrology Corp. di pintu masuk LCCT .

Antara standard yang digunakan .

Pelekat tentusah ni mesti korang penah nampak kan , terutama kt pam minyak , alat timbang .
setiap alat timbang akan ditentusakan kegunaaannya oleh Metrology setiap 12 bulan . kalau ada alat timbang yang dah tamat tempoh atau tidak ditentusahkan .. ianya menjadi kesalahan dan pihak KPDNKK boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas peniaga tersebut .

Timbangan barang-barang oleh penumpang .

tak de keje ambik gambar banner . ahakkk ..

Pelancaran tu dibuat kat sini , simple je , tapi agak meriah jugak
sebab penumpang ramai masa ni :)

Ni la dia Alat timbang yang diletakkan di beberapa tempat di LCCT . untuk kemudahan orang awam memeriksa timbangan barang dorang terlebih dahulu .

alamak , gambar ni sepatutnya kat atas  , ngeee .. ni masa nak tunggu Menteri sampai . Masa duk tunggu ni , ada satu kereta kerajaan sampai , kitaorang ingatkan Dato' Ismail Sabri yang sampai , sekali keluar Dato' Pa da .. hihi .. :p 

Ketika Pelancaran .

Ni dah nak habis program dah . Menteri pun dah nak balik .tapi sempat jugak la
berborak dengan penumpang yang ada kat situ .





2 comments

  1. woooo. kalau nk timbang berat badan sekali boleh ke? hehehh

    ReplyDelete
  2. hihihi .. boleh , tp guna timbang lain :p

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤