22 Mei 2006 - Pahit Manis 6 tahun



Assalamualaikum .


22 Mei 2006 - enam tahun dulu aku join keje ni , macam-macam keperitan aku lalui masa mula-mula keje . Tercampak kat tempat yang sorang pun aku tak kenal , tak penah jejak pun kat negeri tu - Ipoh . Tapi aku bersyukur , at least masih di Semenanjung . Berbanding kawan-kawan lain yang ada di hantar ke Sabah Sarawak kan .
First time jejak kaki ke Ofis , masa tu umo 22 tahun . 
huhhh rasa macam nak lari balik tahu ! Masa tu rumah yang aku sewa jauhhh dari ofis , transpot pulak tak de . Terpaksa meraih simpati mintak tumpang orang . Ishh mmg nak nangis la bila ingat balik :( penah skali aku dapat guna moto , moto plak pancit kat tengah hyway , terpaksa redah slow2 malam-malam - dalam hujan :( 

Ada yang tak puas hati dengan aku , cari gaduh , cari salah , kutuk kat belakang , aku sendiri tak tahu sebabnya - semua tu aku telan demi janji pada diri dan keluarga . Sampai penah satu ketika , abah datang jumpa aku , bagi semangat kat aku untuk kuatkan hati .
kata abah " Along kena sabar , Ingat niat kita . Ingat macam mana susah nak dapat keje . kuatkan hati . Jangan layan orang-orang yang hanya nak tepuk tangan tengok kita jatuh " Kata-kata Abah buat aku kembali bersemangat . Bermula dari situ , aku buat keje aku , buat hal sendiri . pegi makan, shopping , atau apa je -sorang ! itu lebih baik 
waktu tu .

Dalam setahun pertama keje , perit tu aku rasa . lepas tu perlahan-lahan aku atur sebaiknya hidup dan keje aku kat sana . beli kereta untuk berulang alik . dan alhamdulillah , mereka yang sebelumnya hanya tahu mengutuk , akhirnya hulurkan tangan :) boleh saling tersenyum , bergelak . Aku dapat kawan baik -sangat baik , dan kami berkawan baik hingga sekarang . Ida :)

Perit yang aku rasa dulu , hari ni jadi pengalaman berharga buat aku , Aku bertemu jodoh pun dengan kawan yang aku duk gaduh , duk berbalas ejekan (Mr.Cardigan) . hihi . tapi dulu dia seorang yang sangat pemalu :p Tak berkawan sangat dgn perempuan :p 
Kami satu negeri .
Hubungan kami tak siapa pun di ofis tahu melainkan ida . Hinggalah tahun 2010 , kami hulurkan kad undangan perkahwinan kami - semua terkejut :p
*Tersenyum sendiri bila ingat saat tu :)


 Dan kini , alhamdullilah - sebab tu orang selalu kata kan , biar susah dulu , senang kemudian - itu lebih baik :) dari sebaliknya .
Aku dah tak keje kat Ipoh , tahun 2011 permohonan pertukaran aku diluluskan dan sekarang aku di Putrajaya , Mr.Cardigan di Kajang . Hidup aku bahagia . Keje pun happy . cuma kadang-kadang tu rindu pada hidup dulu di Ipoh datang jugak :) 

22 Mei 2012 - genap 6 tahun .

Kepada kawan-kawan yang satu batch dengan aku dulu *kemasukan batch 2006 adalah yang paling ramai , aku ucapkan selamat ulangtahun ke-6 kita sebagai PGK KPDNKK . Banyak pahit manis masa duk berkampung di PGA Ulu Kinta dulu kan :) 
Semoga keje kita selama ni diberkati dan selamat 'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA' :p





22 comments

  1. ORG GOV MMG MCM TU KAN..SUKE NGUMPAT2..HIHI..TAK SUME KOT..TP BYK LA...TGK MEMBER2 KEJE GOV SELALU NYUMPAH DAN MENGUMPAT KAT FB PASAL KAWAN OPIS MEREKA..

    CM BARU 3 TAHUN DI SINI..HM..HEHE...

    ER..JADI TAK KEK BATIK?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi , ada .. tp mcm CM cp la . tak semua . sesetengah yg mmg xde keje je :p

      semalam nak buat tapi tak cukup bahan :p

      Delete
  2. Happy 6th Working Anniversary!

    ReplyDelete
  3. Selamat ulang tahun yg ke 6 kak...
    semoga lebih berjaya lepas ni... :)

    ReplyDelete
  4. selamat ulangtahun pekerjaan yang ke 6..! <---boleh eh wish gitu..?hihihi..

    tulah, ramai yg ckp org kerajaan sombong, tapi tak semuakan..segelintir je.. sebenarnya tak ada faedah pun sombong2 ni.. :)

    bilalah nur nak dapat keje kerajaan..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. thx Nur .. hihi akak tak sombong Nur :p

      I'allah usaha dan doa .. satu hari nanti ada rezeki Nur :)

      Delete
  5. selamat ulg thn..

    semoga sukses selalu..

    kak pun pernah duduk ipoh sethn..

    tak biasa tggl kat sana..

    ReplyDelete
  6. True...kita sendiri kena jaga diri sendiri. Tak ada hasil pun bila berpandukan orang yang berhasad dengki... Semoga terus berjaya.. Aminn..

    ReplyDelete
  7. awk keje apa yer?.. polis ke?..

    ReplyDelete
  8. Selamat Ulangtahun Pekerjaan yang ke-6 :D
    Semoga terus berjaya. :D

    ReplyDelete
  9. Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian.. :)

    ReplyDelete
  10. MANA-MANA TEMPAT BEKERJA ADA CABARAN DAN DUGAAN.. HADAPINYA DENGAN TABAH.. TAK MENGAPALAH KALAU ORANG BUAT KITA, SAMPAI BILA DIA ASYIK NAK BUAT KITA.. LAMA-LAMA DAH PENAT, DIA AKAN DIAM JUGAK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu semua dulu , skrg alhamdullilah dh ok :)

      Delete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤