Kaunselor Yang Baik


Assalamualaikum .


Semalam dari pagi sampai petang aku kat KL , hadiri kaunseling kelompok anjuran LPPKN . Aku pegi kaunseling bukan sebab aku bermasalah oke , tapi sebab memenuhi kuota peserta yang masih kosong . lagipun saja nak rasa camne la jumpa kaunselor , dengar dorang 
bagi kaunseling . 

sebenarnya aku bukan nak cerita macam mana kaunseling semalam tu berjalan , tapi nak berkongsi tips untuk menjadi kaunselor yang BAIK - untuk kawan , sahabat :)

Dalam berkawan , korang mesti penah dijadikan tempat untuk luahan perasaan oleh mereka kan - rasa sedih-gembira-kecewa . Mesti penah mereka bercerita kan . so bila kawan menjadikan kita sebagai tempat mereka luahkan perasaan , ini bermakna korang merupakan orang kepercayaan kawan-kawan .
Oleh itu , kat bawah ni ada beberapa tips yang baik untuk diamalkan sebagai 'kaunselor' untuk kawan-kawan :)


1. Cipta suasana yang baik
Bila kawan datang jumpa dgn korang , cuba maniskan muka , biar dia rasa yang korang bersedia dan tidak mengganggu korang dengan kedatangannya . Berbual kosong dan jangan lupa tanyakan khabar dia :)


2. Dengar masalah / luahannya dengan sepenuh hati .
Waktu dia sedang bercerita , pandang dia , Jangan sampai dia fikir yang korang memang ada dengan dia , tapi otak duk fikir benda lain . kecewa kawan tu nanti .


3. Cuba kenali persoalannya
Kita selalunya tak sabarkan nak bagi rumusan sendiri untuk masalah atau persoalan yang kawan kita hadapi kan , ada tu , kawan baru nak mula cerita kita dah potong , contohnya
 " ye aku paham masalah ko , senang citer macam ni je lah ... "
sbg pendengar yang baik , korang tak boleh buat macam tu , sebaiknya tunggu kawan habis bercerita dulu , sampailah dia sendiri yang minta pandangan korang . oke :)


4. Rasainya
Maksudnya , cuba korang tempatkan diri korang dalam masalahnya . Mungkin bila korang boleh rasainya , korang pun boleh bagi pandangan yang dia mahukan , yang boleh redakan perasaannya . Lihat perubahan pada wajah dia . Tak bermaksud , bila dia menangis , korang pun kena menangis , bukan . Tapi cuba buat dia tenang hingga kesedihan dia tu cepat
 hilang .


5. Jadi Pendengar yang BAIK
Ada kawan kita yang bila dia meluahkan sesuatu , dia hanya nak luahkan je untuk kurangkan bebanan fikiran dia . Dia tak perlukan pandangan korang . Bila dia luahkan pada seseorang , rasa sebak , sesak dia akan hilang . lega . Jadi sebagai kawan . Dengar je . Tak payah nak menyampuk . :p tp kalau dia tanya apa yang harus dia lakukan . cuba la bagi yang pandangan yang ke arah positive. 


6. Jangan berlagak seperti 'Profesor Serba Tahu'
Ini yang sangat penting , Jangan buat kawan kita yang dalam masalah tu seperti budak kecik atau kita cikgu , dia anak murid . Seolah-olah kita pandai sangat , semua kita tahu .
Kalau sikap ni yang korang tunjukkan , korang hanya akan buat kawan korang rasa tak selesa untuk berkongsi masalah atau nak berterus terang . Buat cool je :p


7. Boleh menyimpan rahsia
Sesetengah perkara yang kawan kita luahkan , dia tak pesan pun kat kita 
" eh , ko jangan cerita kat org lain eh , ni rahsia .. "
Tapi sebagai kawan yang dia percaya , adalah wajib untuk kita tidak bercerita pulak dekat orang lain mengenai apa yang dia dah luahkan pada kita . Apa-apa je masalah diri dia yang dia ceritakan pada kita , itu adalah rahsia antara korang dengan dia . Dan percayalah , jika dia tahu yang cerita yang dia luahkan pada korang , orang lain dapat tahu - hubungan korang dengan dia pasti akan ada masalah . Jangan sampai dia rasa yang korang bukan orang yang tepat untuk dipercayai .







2 comments

  1. Alhamdulillah, semua tips di atas bgus sgt2 untuk di ikut, dan bila baca, teringat pula dekat kwn baik nur, kami selalu kongsi masalah sama2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bguskan kalau ada kawan baik yang mmg sejati :)

      Delete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤