Oh Cameron Highlands


Assalamualaikum .


Semalam tak tahu kenapa dalam kul 12.00 pm camtu , badan aku ni jadi lemah selemah-lemahnya , tangan menggigil , pastu berdebar je . nak jalan pun tak larat :(
risau dibuatnya sebab tak tahu punca kan .
Last-last satu keje pun tak boleh buat , duk diam je kat kerusi .

Dalam entry ni aku cuma nk share gambar masa singgah kat Cameron Highlands 
Jumaat lepas . Lama tak pegi , rasa best sangat . Last minit punya plan ni , tetiba Mr.Cardigan terfikir nak try lalu jalan Cameron - Kuala Lipis untuk balik ke Jerantut . 
Tak penah pun lalu jalan tu , ni first time nak teroka :)
Dan jalannya memang cantik , pemandangan pun cantik . bebukit bukau :)

Jalan Ipoh-Cameron , keliling aku pusing :p

Driver kesayangan ai :) lep u lah !

Tak masuk pun sini , tak sempat :(

Kalau la bunga ni leh tahan sampai setahun , kompem aku beli semua :p

Rambang mata tgk sayur2 dia segar-segar , murah pulak tu .

hahh ni lagi gila aku tengok . Comel je bantal stroberi nih . beli 2 untuk fiQa & Afiq

cute kan . dulu masa first time dtg cameron , thn 2006 , macam2 jenis aku beli 
cactus nih , senang hidup dan senang nak jaga .

hye cayunk , jln sorang nampak :p

Ubi untuk Cek Mek Molek . Syedapp 

eh tu belum habis beli lagi tuh , baru separuh

Pernah lepak sini ? cuba try test , nyaman je :)

Jeruk stoberi , pun sedap !

Balik dari urusan keje di Mahkamah Ipoh , kami terus ke Cameron , tu yang pakai baju
kurung tu . Sopan sungguh :p

Untuk korang yang belum penah pegi Cameron , kalau nak pegi , pegi la ari
jumaat or sabtu , sebab 2 hari tu ada Pasar Malam kat Brinchang . Meriah weh . Kalau hari Sabtu lagi meriah :)
Cameron tak sama dengan Genting , kalau sama pun tang Highlandnya je . Kalau nak dikira sejuk , rasanya kat Genting lagi sejuk kot .
Genting kota keriangan , Cameron kota sayuran , Strawberry :p




3 comments

  1. hehehe... kalau sy nak pergi kat sana kak... tak cukup jumaat dan sabtu tu... kena tempah tiket kapal terbang dulu... ;p

    ReplyDelete
  2. muka syg akak tu dah masam dah tu. apakes tu? hehehh

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤