Senaman MATA


Assalamualaikum .




Mari kita bersenan MATA ! :) hari-hari duk ngadap pc , pastu balik ngadap lappy pulak . Mesti letih mata kita yg chumil tu kan O.O . 

Tahu tak , ada beberapa aktiviti yang selalu kita buat boleh merosakkan mata , 
antaranya :

1. Membaca sambil tidur
2. Membaca ditempat kurang cahaya
3. Memakan makanan kurang vitamin A
4. Terlalu lama didepan komputer
5. Menonton TV/bermain permainan video melalu jarak dekat
6. Menonton layar besar seperti di restoran2 waktu malam


Dan , untuk mengelakkan mata kita jadi rosak - rabun jauh atau dekat , 
petua senaman ni boleh diamalkan :)


1. Selalu pandang ke hadapan dengan lurus
2. Angkat tangan kanan sejajar dengan leher
3. Acukan jari telunjuk ke atas
4. Lihat jari dengan fokus ke kanan
5. Palingkan muka ke kiri perlahan-lahan tanpa menghilangkan pandangan ke jari korang'
6. Tahabkan pandangan ketika merasa ia sudah sampai had melihat
7. Pandang kejauhan setelah agak berapa lama
8. Ulang dua tiga kali tapi jangan terlalu lama
9. Lakukan senaman ni ditempat lapang dikawasan pokok2 hijau


So , oke ? boleh buat ? hihi try je , lagipun bukan sampai setengah jam pun nak
 buat senaman mata ni kan :)

Selamat Bersenam ^^

Sumber - Utusan pengguna



12 comments

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤