Aku Anak Kampung #2 | Jenjalan di Thailand


Assalamualaikum .


Sebelum balik kelantan , aku tak plan pun nak pegi 'lek sana' . Tapi tetiba teringat kat Ayahsu aku , dia kawen dgn orang thai , so kepala terus ligat buat plan baru , pujuk-pujuk Mr.Cardigan ajak pegi makan somtum sana . Mr.Cardigan memang peminat setia makanan thailand . Kalau kat Putrajaya ni pun , kedai lain dia jarang sangat nak masuk , mesti nak cari Tomyum Siam jugak :p

Kenal kan somtum ? makanan tradisi orang Thai , tapi kalau tempat kita Somtum betik yang femes . Kat sana macam-macam jenis somtum ada ;)





 Tu dia .. tgk tempat buat dia pun kemain besau . hik hik . sama macam dalam filem 'somtum' "p

 haaa , ni la dia somtum . perggghh , SANGAT SEDAP TAHU !

 Dekat Thailand ni , jarang nak jumpa nasi , Kalau kat kedai pun kita dihidangkan lauk dengan pulut . Pulut tu buat macam nasi la . Pulut dia sedap oke .tak sama tempat kita :)

 Motif gambar ? hehe saje je :p


 Mr.Cardigan jugak suka masuk dan beli barangan bundle . Kedai je Bundle , tp pakaian dia campur , sama macam kat butik . Dan yang aku terkejut , Jeans Levi's yang dijual kat sini , sama jenis dan pattern , murah sikit kat sini . Original oke . Beza dekat RM100 .

tu nama tempat Ayahsu aku tinggal . Siap dapat motor lagi :p Vrommm . helmet tak pakai sebab masa ni benti kat kedai runcit Ban Tu Lu Be ;)

 errkkk , pipi agak tembam sikit dh kan :(


 Saja gatal nak rasa naik perahu :p



Walaupun jarak Rantau Panjang dengan Golok , Thailand tu cuma dipisahkan oleh sungai kecik tu je , tapi waktu dia berbeza jugak . Kat sana lewat 1 jam dgn kita . 

Next time pegi kena bawak masuk kete , senang skit nak shopping , Masa aku pegi tu Mr.Cardigan tertinggal Geran , so merempit je la kami kat sana . Ramai jugak orang yang masuk sana guna kete .

Apa yang penting , Keinginan tekak aku nak makan somtum thai termakbul suda :p





8 comments

  1. patut pun fiza come lotte ore dinun ko?..
    muroh2 deh bare beloh sano?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi dok lah .. pok dara nikoh nga ore sana . fiza klate :)

      Delete
  2. wahh..terliur tgk somtam tu..!
    syok dapat jalan2 thailand.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap CN , syok tp kedai byk tutup . ahad kan ..

      Delete
  3. wahh..bestnya jenjalan ke Thailand..

    ReplyDelete
  4. MESTI SERONOK KAN?x bahaya ke dik?salam kenal..akak follow...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok :) tak de lah . oke je kat sana .. dia kalau kat tak bai tu yg bahaya ..
      oke salam kenal kak :)

      Delete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤