Sihir


Assalamualaikum .

Sihir . siapa ada pengalaman terkena sihir / buatan orang ni ? ada tak ? 
Aku sekarang ni tengah risaukan pasal salah seorang yang amat aku sayang ni . Tetiba sakit kat beberapa anggota badan . Sakit yang amat . Dan sakitnya tu lain macam :( Dah bawak pegi jumpa ustaz (rawatan islam) dan jawapan yang diberikan ustaz tu memang sangat mengejutkan . Ada 'seseorang' yang sedang berusaha untuk buat salah seorang ahli keluarga aku menderita , tapi terkena pada ahli keluarga aku yang lain :( Kenapa manusia tu kejam sangat ?

Ya Allah , lindungi kami sekeluarga . aku tak sanggup nak tengok orang 
yang aku sayang sakit macam ni . Andai diberi pilihan , aku sanggup menanggung segala kesakitan itu .

Semuanya bermula dengan sifat dengki . DENGKI ! dan sakit hati sampai sanggup belakangkan Allah SWT . 
jadi hamba syaitan . Aniaya orang lain . kami sekeluarga kenal 'orang itu' . Ya , 'dia' yang kami syak , sebab pernah terkantoi dengan anaknya sendiri ketika 'dia' sedang buat upacara syaitan dia tu . Anaknya baik dengan salah seorang anggota keluarga aku dan mungkin kerana anak dia ada sifat perikemanusiaan , dia maklumkan kepada kami tentang perbuatan ibunya tu . Sihir tu dituju menggunakan gambar . 

Laporan dah dibuat kepada Jabatan Agama Islam, tapi entah lah , tiada tindakan sampai hari ni :(

Kepada yang sudi baca luahan aku ni , aku mohon , doakan agar kami sekeluarga dan org yang aku 
sayang ni kuat untuk melawan semua ni . Semoga 'orang itu' diberi hidayah oleh Allah SWT untuk kembali ke jalanNYA . 

Apa yang mampu kami lakukan ialah , berusaha , berusaha dan berusaha untuk mengubati . dan yang tak pernah putus ialah berdoa kepadaNYA .


kat sini aku kongsikan cara untuk mengatasi Sihir ni 

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6 
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257 
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286



18 comments

  1. masyaAllah..semoga sembuh dengan inzin-Nya.insyaAllah

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing
    my family pn terkena b4 ni
    tipikal melayu
    bila dengki, sihir je

    ReplyDelete
  3. dari sihir2 ni macam harry potter la pulak!

    ReplyDelete
  4. masyallah....mintak dijauhkan la...

    ReplyDelete
  5. somi mak dara juga telah dihantar dengan benda2 sihir hingga membuatkan dia tidak mampu untuk berkerja selama berbulan lamanya.. syukur alhamdullilah akhirnya dengan berubat dgn perubatan islam dia kini beransur pulih..

    semoga tuhan membuka pintu hati pengamal/penghantar ilmu sihir itu untuk bertaubat mudah2an...

    ReplyDelete
  6. Sabar yer. Saya doakan fiza & family sentiasa dibawah lindunganNYA.

    Biasalah manusia, rasa tak puas hati jer..mulalah nak sihir sana sini. Keluarga saya pon kena macam nih. Biar allah jer yg balas perbuatan manusia busuk hati nih

    ReplyDelete
  7. SubhanaALLAH...dunia serba canggih mcm ni pun ada lagi yg main sihir..!

    InsyaALLAH, nur doakan moga akak dan seluruh keluarga akak dalam lindungan ALLAH...

    nanti pesan dekat ahli keluarga tu, pasang ayat2 ruhyah tiap2 dalam rumah dengar alunan sedap telinga mendengar, tak perlu kuat2..

    cuba cari CD ayat2 ruhyah di mana2 perubatan islam..dalam youtube pun ada..tapi pendek2..kita cuba ye kak..!

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Nur , nanti akak cari . mekasih ye :)

    ReplyDelete
  9. erm..manusia ni x boleh orang lain lebih sikit ada aje nak iri hati dan dengki ..itu dah satu hal..sanggup 'buat membuat' perkara yg dilarang dalam islam...

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum fiza....semoga ahli keluarga fiza yg terkena perbuatan sihir itu cepat2 la sembuh yer...:(

    ReplyDelete
  11. dengki nya manusia zaman sekarang. esh. esh..

    ReplyDelete
  12. sabar ye fiza, semoga beliau cepat sembuh.
    teruskan berdoa, harap orang yg buat sihir tu sedar kesalahan dia.

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤