Sucikan hati ketika bersedekah

10:15 AM


Assalamualaikum .




Rasulullah SAW bersabda "Barangsiapa yang bersedekah dengan sebiji kurma yang diperoleh dengan usaha yang halal sementara Allah tidak menerima kecuali yang halal , Allah akan menerimannya dengan tangan kanannya (yakni menerima dengan barkahnya) . Kemudian dia melipatgandakan berkahnya bagi pelakunya , sebagaimana seseorang dari kalian melipatgandakan maharnya bahkan satu suap akan menjadi sebesar gunung uhud "


Betapa mulianya amalan bersedekah ni , kalaulah kita boleh lihat dengan mata macam mana besar ganjaran yang kita terima , mungkin tak ada yang akan mati kelaparan:(
Apa perlu kita ingatkan , bila bersedekah biarlah dengan seikhlas hati . Bukan sebab nak menunjuk , Jauhi rasa riak . Jangan sesekali mengungkit atau menyakiti hati orang yg menerima sedekah atau derma kerana haram hukumya . 


firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 24 :

"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala amalan sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti seperti rosaknya pahala amalan sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu seperti batu licin yang ada tanah di atasnya kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu, mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun dari apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir".


Selamat Beramal :)


psst - TERIMA KASIH pada yg singgah kat sini , yang tinggal jejak :) Hari ni aku jejaki balik korang oke :)






You Might Also Like

7 Adam Hawa Comel

  1. sedihnya tgk gambar tu....sgt memahami apa yg di rasai...huuu

    ReplyDelete
  2. bersedekah lah dgn ikhlas , insyaAllah :D

    ReplyDelete
  3. ish...sedih pula nur rasa..
    insyaALLAH akan ikhlaskan diri bila bersedekah. :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 580 .

    Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

    nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

    Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
    Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

    ReplyDelete
  5. tengok gambar je dah sayu je rasa..haih... InsyAllah bersedekah dgn ikhlas

    ReplyDelete
  6. tengok gambar je pun dh rasa sayu..apatah lg kalo hadapi situasi mcm tu..kena bykkan muhasabah diri, rajin2 bersedekah

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Follow me on IG !

Like us on Facebook