Bayi Pecah Usus Akibat Di Dera


Assalamualaikum .


Kesian baby tu. Ingatkan dalam bulan Ramadhan ni , semua Syaitan dah diikat , tak ada la dengar pasal kes penganiyaan ni. Tapi nak buat macam mana, bila nafsu dah kuasai diri , tanpa bisikan syaitan pun mereka akan buat jenayah kejam ni , si pelaku ni tetap akan ikut jugak perangai Syaitan :(




KUANTAN: “Saya tidak akan memaafkannya dan tidak sesekali menerimanya semula,” kata Norhidayah Ahmad, 22, ibu kepada bayi berusia lapan bulan yang disahkan doktor pecah usus dipercayai akibat didera teman lelaki ibu kandungnya itu.

Norhidayah yang juga ibu tunggal berkata, dia tidak menyangka teman lelakinya berusia 19 tahun itu sanggup mendera Mohamad Adam Mikhail Abdullah kerana kekasihnya itu sangat menyayangi anaknya.

“Selepas apa yang berlaku, dia tidak boleh terlepas daripada perbuatannya. 
Saya mahu dia rasa azab yang Adam rasa,” katanya yang ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.

Norhidayah berkata, dia hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena terhadap Adam apabila anaknya itu kelihatan tidak bermaya dan muntah-muntah ketika dia pulang dari tempat kerja, awal pagi kelmarin.

Sebelum itu, Norhidayah meninggalkan Adam kepada suspek ketika keluar bekerja di tapak ekspo di hadapan Terminal Makmur, di sini, jam 8 malam Isnin lalu dan pulang semula ke bilik sewa pada jam 3 pagi kelmarin. Metro

Klik gambar di atas untuk berita penuh


Semoga Adam selamat dalam perlindunganNya . Amin .





9 comments

  1. Ya! allah...kesiannya baby tu. Tak sanggup nak baca habis. Kejam betul lah.

    ReplyDelete
  2. boyfren pon umo 19taun..alahai dik..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum fiza...memang betul2 kejam bulan puasa pun buat hal yg mcm ni...:(

    ReplyDelete
  4. Ya Allah... kesian nye baby tu...

    ReplyDelete
  5. Adoiiii sakit nyer... Budak lagi ye pun mak nyer and the boyfie...tak matang sungguh aih....

    ReplyDelete
  6. manusia sekarang dah tak de hati perut..MasyaAllah,bayi lagi pulak tu sanggup dia buat camtu..

    ReplyDelete
  7. mcm2 perasaan bila baca kes ni..!
    grrrr....!

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤