Fidyah dan cara mengeluarkannya


Assalamualaikum .

Sedikit perkongsian untuk pengetahuan kita bersama :)



Cara Menggantikan Puasa Ramadhan

Orang Islam yang diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa Ramadhannya, wajib digantikan kembali puasanya jika ia berkuasa dan sakitnya sembuh selepas puasa nanti. Orang yang musafir yang berbuka puasanya disebabkan tiada kuasa dalam perjalanannya, maka ia diwajibkan ganti semula puasanya selepas bulan Ramadhan.

Tahun pertama orang yang meninggalkan puasanya atau berbuka puasanya, maka ia diwajibkan ganti semula kesemua puasa yang ditinggalkannya. Tetapi bagi orang yang memang tidak mampu untuk berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa, jika ia puasa akan mendatangkan kemudharatan kepadanya. Maka ia tidak diwajibkan menggantikan puasanya dan ia diwajibkan Fidyah kepada orang miskin.

Pengertian Fidyah 

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat mengantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada suatu tahun sehingga tiba Ramadhan tahun berikutnya. Bayaran fidyah ini boleh diserahkan kepada orang fakir miskin atau di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri yang menyediakan khidmat bayaran denda fidyah. Hukum membayar fidyah adalah wajib. 


Kadar Fidyah 

1 hari dendanya 1 cupak beras 
1 cupak = 1 mud 
bersamaan dengan nilai zakat fitrah semasa dibahagikan 4 

RM............./4 = RM............. 


Cara Mengeluarkan Fidyah

Maksud Fidyah ialah satu cupak makanan asasi tempatan yang disedekahkan kepada fakir miskin mewakilli satu hari yang tertinggal puasa Ramadhan padanya. Makanan asasi masyarakat Malaysia adalah beras, maka wajib menyedekahkan secupak beras kepada fakir miskin bagi mewakili sehari puasa. Ukuran secupak beras secara lebih kurang sebanyak 670gram. Contohnya sipulan telah meninggalkan puasanya sebanyak 5 hari, maka dia wajib membayar Fidyahnya sebanyak 5 cupak beras kepada fakir miskin. Firman Allah yang bermaksud :

“(Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar Fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran Fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi Fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Al-Baqarah : 184)

Fidyah dikenakan kepada orang yang tidak mampu berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa lagi. Maka dengan itu Islam telah memberikan keringanan (rukshoh) kepada mereka yang tidak boleh berpuasa dengan cara membayar Fidyah iaitu memberikan secupak beras kepada orang fakir miskin. Begitu juga kepada orang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasanya sehingga menjelang puasa Ramadhan kembali (setahun), maka dengan itu mereka dikehendaki berpuasa dan juga wajib memberikan secupak beras kepada fakir miskin. Begitu juga pada tahun seterusnya. Fidyah akan naik setiap tahun selagi mana orang tersebut tidak menggantikan puasanya. Untuk semakkan atau perkiraan boleh klik di sini.

Fidyah tidak boleh digantikan dengan zakat, kerana zakat dan Fidyah adalah dua perkara yang berbeza. Zakat fitrah lain dan Fidyah juga lain. Jika kamu terlalu sibuk dan tidak ada masa untuk membayar Fidyah, maka kamu boleh wakilkan kepada orang yang dipercayai untuk membayar fidyah kamu kepada fakir miskin.Ustaz Nor Amin



14 comments

  1. gud info.. tambah2 nak dekat bulan pose ni. hehe ;)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    first time dtg ziarah n follow anda.Good info.Better buat entry mcm nie dari buat entry merepek kan?Ilmu yg baik..bagus utk dikongsikan.

    New Entry Selamat Hari Lahir – Encik Suami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam , terima ksh sudi dtg sini dan follow :)

      Delete
  3. assalamualaikum fiza...info n n3 yang menarik ni ...:)

    ReplyDelete
  4. entri yang baik dan bermanfaat..thanks sharing dear :)

    ReplyDelete
  5. dulu sy xphm gak psl ni tp lps baca buku ustaz ismail kamu baru paham :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la fiza pun . tp skrg alhamdullilah faham dah sikit2 :)

      Delete
  6. ALHAMDULILLAH,DAPAT ILMU DI SINI..

    ReplyDelete
  7. info yang menarik, siapa yg xsempat tu, bolehlah baca ni.. :)
    terima kaseh sudi berkongsi.. :)

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤