Keindahan 5 Masjid Tercantik di Malaysia

3:21 PM


Assalamualaikum .


Dah masuk hari ke-4 kita berpuasa kan , cepat je masa berlalu . Tinggal lagi 26 hari la kan ? Pastu dahh Raya , dah boleh balik kampung , dah boleh kumpul ramai-ramai satu keluarga :p
Hari ni menu berbuka aku Nasi Kerabu , pastu nak cari Kuih akok sikit , gulpp , sedapnya akok . Sejak berpuasa ni , tak jumpa lagi kuih ni . Tak tahu la kat Bazaar P2 ni ada ke tak .

Dalam entry ni sebenarnya aku nak kongsikan gambar-gambar super duper kat bawah ni , Gambar 5 Masjid Masjid tercantik di Malaysia :)
Allahuakbar , Sungguh cantik .

Paling cantik dimata aku ialah pemandangan Masjid Kristal di waktu malam :) 

cer tengok .

Masjid Kristal , Kuala Terengganu.

Terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.
Dibuka pada 08 februari 2008 , dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.



Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Terletak di Bandar Kota Kinabalu dan dibuka dengan rasminya pada tanggal 2 Februari 2000 berikutan pengisytiharaan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar raya.



Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Masjid Wilayah Persekutuan ini dibina di antara tahun 1997 dan tahun 2001. Masjid ini terletak di tanah berukuran 33 ekar bersebelahan dengan Kompleks Pejabat Kerajaan di Jalan Duta dan boleh memuatkan seramai 17,000 jemaah dalam satu masa.



Masjid Putra, Putrajaya

Pembinaan masjid ini bermula pada 1997 dan disiapkan dua tahun kemudian pada 1999. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Perdana Putra, pejabat Perdana Menteri Malaysia dan bersebelahan dengan Tasik Putrajaya.



Masjid Ubudiah , Kuala Kangsar , perak.

Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia . Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun1917. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan yang ke-29, pada tahun 1917.



sumber : Wikipedia


Gambar-gambar ni aku cari kat gugel dan sejarahnya dari wikipedia . Dalam 5 Masjid ni , Masjid Kristal dan Masjid Putra je yang aku dah pegi . Pemandangan di kedua Masjid ni sangat indah kalau waktu senja :) Indah sangat :) kan ..




You Might Also Like

7 Adam Hawa Comel

  1. cantik dan mempunyai daya tarikan serta rekabentuk yang sungguh menarik :-)

    ReplyDelete
  2. seriously, msjid kristal mmg sgt cantek :)

    ReplyDelete
  3. Salam...menarik nie..
    Mintak izin saya nak ambil post nie masukkan dalam blog saya tau....

    ReplyDelete
  4. SubhanaALLAH..cantik2 kan..
    di dalam Malaysia ni..
    esok pagi, cuba tgk azan subuh tv9..
    masjid2 seluruh dunia..mmg cantik2..
    terpegun nur tgk.. :)

    ReplyDelete
  5. Beautiful! My soul rested while watching these photos. Truly beautiful.

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Follow me on IG !

Like us on Facebook