Mereka Hanya Melihat .

10:07 AM


Assalamualaikum .



Ni la Video yang aku tengok semalam dalam Buletin Utama TV3 , tapi yang aku share kan disini hanya gambar je , dalam video rakaman cctv tu , jelas kelihatan seorang warga emas yang diragut dan mengerang kesakitan seorang diri kat tengah-tengah jalan tu tanpa dihiraukan oleh orang awam yang lalu lalang kat kawasan tu , yang lalu tu tengok je tanpa hulurkan 
pertolongan :( 
 Mungkin disebabkan banyak kes penipuan yg berlaku buatkan kita takut nak menolong , tapi apa salah kalau call polis atau hospital . erm , entahlah . Masing-masing ada cara dan sebab
 tersendiri . 


Berita kosmo :

GEORGE TOWN – Seorang ibu tunggal warga emas maut dipercayai setelah diragut dan terseret kira-kira 10 meter dalam kejadian yang berlaku di tempat letak motosikal di Blok J, Flat Padang Tembak dekat sini pagi semalam.

Lebih malang, kejadian yang menimpa mangsa, Tan Kim Chuan, 60, sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan parah di kepala itu hanya disedari dua orang penduduk berdekatan lapan minit kemudian.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 pagi di kawasan tempat letak motosikal yang terletak di belakang blok flat yang agak sunyi.

Mangsa difahamkan baru keluar dari rumahnya untuk ke kedai kopi tempat dia bekerja di Lebuh Carnavon sebelum beg tangannya diragut dari arah belakang oleh dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal.

Mangsa yang cedera parah di kepala akibat terhantuk di atas objek keras mati di Hospital Pulau Pinang selepas sembilan jam menjalani pembedahan membuang darah beku di bahagian otak.

Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan perumahan terbabit.

Berdasarkan rakaman CCTV itu, mangsa dilihat terbaring di kawasan letak motosikal tanpa dihiraukan beberapa penduduk yang lalu-lalang beberapa minit selepas dia dipercayai diragut.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nasir Salleh ketika dihubungi memberitahu, pihaknya sedang meneliti rakaman CCTV berkenaan bagi mengecam kedua-dua suspek.




You Might Also Like

2 Adam Hawa Comel

  1. xsangka tau kejadian ni di malaysia...
    mula2 tgk dalam berita mlm tadi ingtkan di china, sebab selalu kes2 mcm ni di china kan..
    bila pemberita beritahu kata di pulau pinang..rasa terkejut gilaa...!

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤

Follow me on IG !

Like us on Facebook