Pertama kali aku menangis bila dengar radio


Assalamualaikum .


Selamat Beramal dihari Jumaat semua :) mesti ada yang cakap kan , kenapa mesti nak pesan asal hari jumaat je suruh beramal , hari lain tak payah ke ? hihi hari lain pun kena jugak , cuma hari Jumaat kan penghulu segala hari , banyak kemuliaan dan kelebihannya dihari Jumaat ni . 
semua tahu kan :) erk malam Jumaat pun banyak yang disunatkan kan :p

Pagi tadi , pertama kali dalam hidup aku dengar radio , menangis :( 

Sebabnya , 

Kisah pagi di Radio Sinar.fm , ada sorang pemanggil menamakan dirinya Pn.Jamilah . Dia seorang Ibu yang sedang menanggung sakit dan perlukan pembedahan (aku tak pasti sakit apa) , dari suaranya pun boleh tahu la beliau tengah sakit . Mula tu DJ tanyakan la dia beberapa soalan biasa , pastu sampai turn dia untuk buat ucapan , tiba-tiba dia nangis dan dia bagi ucapan ni , 

"saya nak tujukan ucapan ni untuk anak saya , semoga dia mendengar , Angah .. balik la nak ,  kalau mak buat salah , mak mintak maaf . Mak rindukan Angah , Mak dah maafkan semua salah Angah , Mak halalkan air susu mak , mak mohon balik la rumah .  Mak doakan Angah sekeluarga bahagia , kaya raya , senang hidup di dunia dan akhirat . Mak rindu sangat kat Angah" 
(ucapan dia lebih kurang macam ni la)

Hati IBU kan , walau seteruk mana layanan anak pada dia , dia tetap doakan yang terbaik untuk anak-anak .

Ya Allah , mendayu sangat dengar suara seorang IBU , meraih simpati agar anak dia pulang ke rumah . Suara seorang IBU yang begitu rindukan anak dia .

Itu yang buat aku menangis .

Kamu semua yang sedang baca entry ni , Aku harap kita tidak mnjadi anak yang begitu kejam hingga IBU sendiri terpaksa menangis , menagih kasih sayang kita , menagih perhatian kita .
DIA IBU KITA . Hampir hilang nyawanya untuk melahirkan kita kat dunia ni .

Walau apa salah yang pernah dia buat pada kita , lupakan lah . Apa sangat jika nak dibandingkan segala pengorbanan dia pada kita . Perit yang dia rasa dulu .

Semoga terbuka hati anak beliau untuk pulang kepadanya .AMin.






20 comments

  1. tersentuh....

    sebenarnya ibu saya juga alami nasib yg sama...dh 2 tahun , kakak x pulang ke kampung hanya kerana merajuk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga terbuka hati kakak awin untuk pulang ke pangkuan keluarga ye . amin ..

      Delete
    2. harapnya camtu la kak...mcm2 dh pujuk, tp lum terbuka pintu hati dia...cuma saya x sampai hati tgk ibu mengalirkan air mata tiap kali terkenangkan dia...

      Delete
  2. Sedihnya...Tak dgr plak sinar pagi nih. klo dgr sure saya pon nangis sama. smoga ibu tu tabah.

    ReplyDelete
  3. mmg tersentuh.... hampir menangis jugak

    ReplyDelete
  4. Bila menitis airmata Ibu kerana kesedihan tentang perilaku anaknya, takut2 byk pintu2 kebaikan yg tertutup untuknya, nauzubillah...

    ReplyDelete
  5. menangis sy baca entry akak kali ni...

    semoga pintu hati anak dia terbuka...

    ReplyDelete
  6. hati ibu kan, walau mulut kata benci tp percayalah jauh dlm hati dia, dia sayang anak dia tu :')

    ReplyDelete
  7. nur yg baca entry ni pun sebak di buatnya..apatah yg mendengar radio..lagi rasa hiba...!

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan... Memang sayu pun kalo dengar seorang ibu merintih mengharap anak dia balik.

    ReplyDelete
  9. Salam perkenalan.... Memang sayu kalo dengar seorang ibu menangis menanti kepulangan anaknyao

    ReplyDelete
  10. sebak kot baca entri ni..kalau betul2 dengar kat radio hari tu..entah mcm mana la rasanya..hurm...

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤