Tempat Itu Adalah Yang Paling Jauh


Assalamualaikum .


Esok dah masuk bulan Ogos kan , Bulan 3 dalam 1 untuk kita semua :) 

Ramadhan
Raya Puasa 
Hari Kemerdekaan 

Tapi untuk aku , kena tambah lagi satu jadi 4 dalam 1 la ,

Hari Kelahiran hubby Tercinta :)

Pejam celik pejam celik , daahh masuk hari ke -11 kita berpuasa . Sungguh cepat kan masa berlalu . Waktu begitu pantas hinggakan kita merasakan apa yang dilakukan pada tahun yang lepas masih segar seolah-olah baru je dilakukan pada bulan lepas. 

Dari Ibnu Hurairah r.a, dia berkata: Telah bersabda Rasullullah SAW,

"Tidak akan datang kiamat sehingga waktu semakin berdekatan ( semakin singkat)"
Hadis diriwayatkan oleh Bukhari, Kitab Al-Fitan 13:81-82.

Setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu, seminggu seperti sehari, sehari seperti sejam dan sejam hanya sekejap. Kejadian ini dah kita rasakan sekarang kan . Masa aku duk berblog walking pun , banyak entry kawan-kawan yang menulis pasal masa ni . Kadang-kadang sampai kita sendiri yang kene kejar dengan MASA . Baru dua tiga keje yang kita buat , tengok-tengok dah malam . Baru masak 2 lauk kat dapur , jenguk jam kat dinding rupanya dah 3 jam kat dapur . Kita sendiri tak perasan sebenarnya . 

Sebab tu la , jika ada masa yang terluang , jangan dibazirkan dengan perkara , perbuatan yang sia-sia . Yang merugikan diri sendiri . Sebab MASA tu EMAS . amat berharga . sekali kita dah lalui , dah tempuhinya . Mustahil untuk kita patah balik .

kena ingat ,

Tempat yang PALING JAUH dalam hidup ni ialah , MASA SILAM . Guna la apa cara sekalipun ,tak mungkin kita dapat sampai semula ke masa silam .


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."- Imam Hasan al-Basri 





9 comments

  1. suka dengan kata2 sst yg paling jauh dr kita adalah masa silam..dan sst yg paling dekat dgn kita adalah mati

    ReplyDelete
  2. My asben pun bulan Ogos.:) Yelah kan, skrg ni cepat betul masa berlalu.Dah nak masuk 2 minggu dah pose..:)

    ReplyDelete
  3. masa skrg mmg cpt berlalu..

    ReplyDelete
  4. masa skrg mmg cpt berlalu..

    ReplyDelete
  5. masa skrg mmg cpt berlalu..

    ReplyDelete
  6. akan ty guna masa dgn baik...huhu

    ReplyDelete
  7. a'aa ms silam mmg xkan dapat kembali :-)

    ReplyDelete
  8. terasa makin cepat masa berlalukan....
    ogos hari emak juga.. :)

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤