Cerita Biasa , Semalam .


Assalamualaikum .


18 Ramadhan . Tinggal lebih kurang 11 hari je lagi kita berpuasa kan . Pastu Raya . Hooyee ! Mood raya aku setiap tahun pun memang membuak-buak . Tak Sabar ! :)

Persiapan Raya , alhamdullilah dah nak settle . Cuma , duit raya je tak tukar lagi :( Nak pegi bank, tukar , asyik tangguh je . Bank kat sini biasa la , selalu penuh dgn umat manusia . Tu yang jadi malas nk ambik nombor , menunggu . Bukan kejap , ada la dekat sejam lebih :( .

Iftar semalam aku bersama hubby dapat jemputan di Restoran Nasi Arab , SABA di Cyberjaya . Gambar ? ermm , tak sempat nak snap , Orang ramai sangat , pastu agak tak selesa nak bersnap-snap dalam keadaan macam tu . Ni la first time aku makan kat situ . Maaf la , tak kena langsung dengan selera aku :( Aku makan seco'et je semalam .

Selesai je berbuka , terus balik rumah , ambik Weeda. Pegi cari baju raya dia kat area Bangi . Tapi ,tak ada yang berkenan pun .Weeda ni macam aku la jugak , agak cerewet kalau nak beli baju yang ready made nih . Macam-macam yang tak kena , Manik dgn baju tak sesuai la , potongan tak selesa la. hihi . Dah bukan ikut ukuran sendiri kan . Memang payah sikit .
Tahun depan semua kena beli kain , hantar Tailor . Senang !

Sekarang dah nak pukul 12 tghari , kejap lagi nak keluar with my kawan ke Alamanda . Cari special gift for My buah hati :p . Birthday dia esok ! . Laaa , dah tulis kat sini tak special dah la kan !, hihi Tak pe , dia tak akan baca punya :p . Syuhh rahsia kita je tau .hikss .

Untuk Iftar petang nanti aku tak ada idea lagi nak makan apa . Masak ? erm tak kot hari ni sebab hubby ada jemputan lagi . Berbuka dengan Weeda je la. Kalau tak makan kat kedai , beli kat bazaar je lah . Tapi rasa cam nak pegi bazaar je . dah lama tak cuci mata sambil keluar duit kat situ . Sikit je , I'allah tak membazir :p

Oke lah , sampai sini je lah dulu . Panjang sangat karang boring pulak nak membaca , ye la , bukan cerita menarik pun . Cuma cerita biasa tentang hari yang aku lalui semalam je :)

daaaa :)




9 comments

  1. sebut pasal duit raya, bank sekarang mmg padat..!
    tadi nak singgah CIMB..org beratur smpai luar..
    terus jadi malas..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang Nur , hubby akk order ngan Bank Negara td . Lusa dia hantar kat ofis . nasib baik ..

      Delete
  2. kadang2 baju ready made ni cantik dr jauh jer... bila dah dekat2... coba2... mesti ada yg tak kena... dari pagi sampai petang.. hanya satu pasang jer yg berkenan... kadang2 tu langsung tak berkenan... balik dgn tangan kosong jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa , itu la masalahnya Masz . mcm smlm la. blk tgn kosong . g jalan tar pun beli baju melayu je

      Delete
  3. Tak pernah la boring baca entry akak.
    Jom la berbuka sesama hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wiwiwi *speechless hihihi
      jom ! malam ni nak ?

      Delete
    2. awat post sini ajk mlm ni,WA la adoooiii ni dh lpas...

      Delete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤