Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran


Assalamualaikum .


Entry ni adalah sambungan daripada entry sebelum ni , klik 


Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Dah habis baca semua? bagus :) 
Aku harap perkongsian ni dapat memberi kita banyak pengetahuan dan menghayati kisah dan hubung kait di antara kedua-dua peristiwa ni :)

Jom sama-sama kita perbanyakkan amalan ibadah kita dalam mencari malam Lailatul qadar . Semoga segala amalan baik kita diberkati dan diterima olehNya . Amin .
 


15 comments

  1. Alhamdulillah, perkongsian yg baik..
    alangkah andahnya, jika ramadhan kali ini kita dapat bertemu dgn malam yg lebih baik dari seribu bulan..

    ReplyDelete
  2. satu ilmu yang bagus utk dikongsi! nice sharing!

    ReplyDelete
  3. jaa beli biskut tunjuk sbb xpandai...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi , akk ingat nk try buat tp xth la bila :p

      Delete
  4. alhamdulillah...thanx for sharing this info ye awak...harap kite sume bkesempatan merasai dan melalui lailatul qadar...:)

    ReplyDelete
  5. thanx for d info...hope kite sume dapat marasai dan melalui malam istimewe ni...amin...;)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbth....

    thanks sharing info.......

    ReplyDelete
  7. terima kasih.. perkongsian yg bagus... semoga kita dpt bertemu dgn mlm lailatulqadar tu...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah... sama2lah kita berebut peluang yg Allah berikan di sepanjang bulan Ramadhan ni...

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤