Kuatkan Semangat ,Kawan .


Assalamualaikum .


18 Ramadhan , Dah 10 hari terakhir Ramadhan kan . Malam-malam yang kita semua menanti , mencari suatu malam yang begitu istimewa dalam bulan Ramadhan , LAILATUL QADAR .
Ya Allah , Dgn izinMu , temukan kami dengannya . Amin.

Dalam dua, tiga hari ni aku sebenarnya turut berkongsi kesedihan mengenai musibah yang menimpa keluarga kawan baik aku , Abang dia , aku panggilnya Abe Ise, kemalangan Sabtu lepas dalam perjalanan balik Kelantan dan hingga sekarang masih tak sedarkan diri . Dan yang lebih buat aku tersentuh , kawan aku cerita , waktu dia pegi tengok sendiri kereta abang dia , Baju Raya yang abang dia belikan untuk anak-anak , berselerak dalam kereta :( 
Barang-barang yang ada dalam kereta tu semua kawan aku ambik tapi sayangnya, dompet , handphone , semua dah tak ada :( erm , wallahualam samada diambil orang atau tercampak ke mana-mana waktu kemalangan tu .

Tapi ,Walau macam mana kita cakap kita tumpang simpati , merasai kesedihan tu , takkan sama dengan  orang yang melaluinya kan . Berat Mata memandang , berat lagi bahu yang memikul :( 
Apa yang termampu aku lakukan untuk bantu kawan aku tu , hanyalah dengan berdoa , agar Abe Ise sedar dan sembuh seperti sediakala . Amin .


Jah , Semoga kau dan keluarga tabah dengan dugaan ni . Kuatkan semangat . 
InyaAllah , semuanya akan oke .

  

7 comments

  1. as salam fiza...salam takziah kepada sahabat baik fiza...

    Sekejap aje masa berlalu meninggalkan kita ye..diam tak diam dh nak beraya dh kita semua..sedih nak tinggalkan bulan mulia ni.. :(

    ReplyDelete
  2. sedihnya.moga kawan awak cepat sembuh.beg dompet hilang? hmm tulah masalah org kita.kalau kemalangan mst nk amik tu dulu.tp mybe polis dh amik dulu kot.kita pon x tau kan.

    ReplyDelete
  3. Menyayat hati dengan macam-macam cerita yang tak diingini yang menimpa semua sedara kita tambahan pula pabila menjelang Aidilfitri dari perkongsian akak , radio , tv , akhbar dan di mana- mana. huh Mudah2an perjalanan pulang kita semua baik-baik belaka. Amin.

    ReplyDelete
  4. semoaga kawan fiza cepat sembuh...

    ReplyDelete
  5. moga kawan fiza tabah hadapi dugaan ini...

    ReplyDelete
  6. erm saba la

    kemalangan ni spe2 ley kene

    kite kene beringat

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤