Cerita Lawak :)


Assalamualaikum .

Selamat berhujung minggu :) Hari ni aku tak ada aktiviti or plan nak pegi mana-mana pun , lepak kat rumah je . Kemas rumah , Tengok TV , buat apa yang patut kat rumah ni. Asyik berjalan je , penat jugak :p 
Tadi masa duk berfb, aku ada terbaca satu cerita ni , hihi tergelak sorang-sorang aku lepas baca tu . Kalau korang nak gelak sama , jom layan :)

Alkisahnya ..

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.
Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut.
Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 30 Sep 2011
Subject : Abang telah selamat sampai

"Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.
Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.."




11 comments

  1. hahaha..penah bace da cite ni..tp maseh nak tergelak jugak...


    *conclusion nye masak pe tu?hehe...my masak ayam merah je..mls nak pening2 lg..2 jam tgk buku resepi..nk buat itu, bahan tak cukup..nak buat ini, bahan tu plak takde..hehe..

    ReplyDelete
  2. hahahaha...memang buleh tahan lawak haha..

    ReplyDelete
  3. gulp! kalau dapat mesej sebegini memang boleh pengsan...

    ReplyDelete
  4. hehheh mau nya x pgsan kalau camni.. hihii

    *dah mskkan fiza dkt Berlian Flawless Blue

    ReplyDelete
  5. kehkehkehkeh..mau tak pengsan terus..!

    ReplyDelete
  6. erkk...mujur anak dia pon tak pengsan..hahahaha

    ReplyDelete
  7. hehhehee....mau nya tak pengsan..cuak janda tu baca.

    ReplyDelete
  8. haiyaa...kalo jaa maunya terus histeria baca email mcm tuh...kikiki... sape la yg pandai2 karang cerita gitu agaknya yer..hehe,,,

    ReplyDelete
  9. pernah baca sebelum ni.
    tapi memang lawak la...
    hahahahaha...=D

    ReplyDelete
  10. hehehe ni ade versi english nye jgk..:P

    ReplyDelete
  11. ahahahah!!mau tak pengsan akak tu bacakn..seram pn ada gak ni,uhuhuh!!

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤