Forwardkan mesej , Kita bahagia?


Assalamualaikum .

Pagi tadi aku terima satu mesej daripada sorang kawan yang berbunyi macam ni ,


"Assalamualaikum Saya hanya menyampaikan amanah seorg ustaz. Cuba kita buktikan insya Allah. Bismillah hirahmannirahim: Innaka la minal mursalin a'la siratim mustaQim tanzilal azizir rahim Litunzira qaumamma unzira aba uhum fahum ghafilun. Tolong kirim potongan ayat dr surat yasin ini minima 13 org, Insya Allah 2 jam kemudian kmu akan mendengar kabar baik & mndapat kebahagiaan, demi Allah dan jgn di hpus sblm di sbarkn. Kita berbagi doa sesama muslim. (Bukti rakan saya yg dah buat,2 jam sdh saya laksanakan tnyata rzeki dtg subhanallah. Dgn izin Allah SWT.Jgn lengah lagi. hamba allah"


Sakit hati dapat msj ni? ermm x pun , cuma aku terfikir jugak , masih ada ye orang yang percaya benda-benda macam ni . Potongan surah yassin yang digunakan memang betul , yang tak betulnya ialah mempercayai apa yang akan berlaku jika mesej itu disebarkan . Ada syarat pulak tu , kene forward ke 13 orang haa, tunggu 2 jam baru dapat rezeki tu . iskk! 

Sebelum keluarkan entry ni ,aku gugel jugak cari hukum pasal sms berantai dan bersyarat ni , dan aku jumpa serta puas hati lepas baca penjelasan oleh Imam Muda Asyraf ni (klik) .

Nak mendapatkan rezeki Allah , kene usaha , DIA dah cakap kan . Jangan percaya sangat mesej2 macam ni . Dari rugikan kredit RM 0.10 untuk forward mesej macam ni kat kawan , baik kita mesej kawan tu bagi zikir ke , ataupun bagi je petikan doa-doa , tapi tak payah nak bersyarat macam ni . 

Tapi apa pun , setiap orang berbeza pendapat kan . Apa yang aku tulis ni ialah pendapat aku sendiri , kalau ada pendapat lain , atau pandangan lagi , kongsikan kat komen :)


psss - aku tak forward pun . paling tidak copy yang potongan ayat tu je , share kat fb . dah . tak payah nak bersyarat2 sangat la aih .




9 comments

  1. betul dah tu kak.. benda ni macam tak leh percaya.. silap silap boleh jadi syirik kecil..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh , dh lama xnmpk HJ ;) betul tu kan ..

      Delete
    2. aku pun dapat pagi tadi.....kita berdoa je la agar semua kaum muslimin muslimat seluruh dunia di tetapkan iman dan dilimpahi rahmat serta hidayah dari Allah S.W.T..

      Delete
  2. itulah, kadang2 xfaham kenapa mesej yg baik perlukan syarat..sebaiknya biarlah ikhlaskan.. :)

    ReplyDelete
  3. ntah..kengkadang panas je dpt mesej or emel gitu..

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤