Jangan gunakan perkataan itu - "TERLAMBAT"


Assalamualaikum .


Seorang kawan yang dalam hidupnya banyak dihabiskan dengan perkara sia-sia ,
pernah mengadu , katanya,

"Aku rasa aku dah terlambat untuk berubah . Kalau waktu remaja dulu aku berubah , mungkin banyak ilmu yang boleh aku pelajari . Tapi dalam usia yang begini . Dah terlambat untuk aku"

Kawan , 
Jangan begitu , Jangan sesekali menggunakan alasan 'TERLAMBAT' jika ingin berubah . berubah ke arah kebaikan , ke arah yang di tuntut .  Nabi pernah cakap kalau kita ada benih tapi esok kiamat pun, nabi suruh tanam dulu benih tu . 

Petikan daripada Ustaz Zul Ramli M Razali :

Walau apa sejarah lampau kita, itu bukan halangan untuk masa depan kita. Orang lain ada hak untuk fikir apa sahaja tentang kita tetapi segalanya terletak kepada kita sendiri. Kita boleh buat apa sahaja untuk menjadi baik. Tidak ada yang mustahil sama sekali. Ingat dan sentiasa ingat, alasan untuk jadi baik sentiasa ada dalam bisikan hati sendiri.

Apa yang perlu adalah berani memulakan langkah pertama. Nanti pada langkah kedua pasti dibantu oleh Allah untuk melanjutkan perjalanan seribu batu. Kesukaran paling besar hanya ketika memulakannya.

Melakukan kebaikan sama seperti mengusahakan percikan api bagi membuat unggun. Percikan api kesedaran itu nanti akan terus memakan kayu kering dan kemudian marak dengan sendiri, mungkin akan jadi sebesar gunung. Kerja kita hanya bermula dengan membuat percikan api kemudian semuanya berjalan dengan sendiri.

Apa yang penting adalah titik permulaan. Kuasai titik itu bererti kecemerlangan berada di dalam genggaman. Sekiranya terlepas satu titik, segera temui titik lain dan jangan bertangguh.

Dalam keghairahan dan istiqamah melakukan kebaikan sekiranya tersasar dan terlencong, segera cari jalan kembali ke jalan lurus dan jangan bertangguh. Sedikit tersasar bererti kita telah terkeluar dari laluan. Andai terus dibiarkan, kita tidak akan menjumpai destinasi, iaitu keredhaan Allah.

Justeru itu pengajaran dan peringatanlah yang membuat kan kita mencari U-Turn untuk kembali ke jalan lurus, hidayah taufik yang paling mahal dari Allah.





16 comments

  1. rasa terlambat kawen.klu kawen umur 20 mesti anak da besau kan..haha

    ReplyDelete
  2. Betul tu klu nak berubah xde istilah dah terlambat.

    ReplyDelete
  3. Yup..ada perpatah berbunyi gini perjalanan yg jauh tu bermula dgn langkah pertama. Jauh atau lambat yg penting titik permulaan itu perlu di kuasai..

    ReplyDelete
  4. betul..jgnlah mudah sgt nak jtuhkan hukuman thadap diri sendiri.. tak kisahlah bila dan masanya...

    kalau berniat untuk berubah, brubahlah..
    xde kata 'terlambat' bila seseorg tu ingin brubah..

    ReplyDelete
  5. betul tuuu... lambat macam mana pon kena gak buat/kejar or etc. lewat xpe asal jgn x buat terus,,,

    ReplyDelete
  6. Ty lebih kuat utk tebus semua kegelapan hidup Ty dulu dan tak ada yg akan jadi terlambat utk Ty berubah..kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada ty ..jangan anggap tu terlambat .anggap tu br satu permulaan :)

      Delete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤