Kenapa aku jadi se-blur itu ?


Assalamualaikum .


Semalam kan , tak tahu la kenapa . Jadi serba tak kena :( Macam blur camtu :(
masa bangun tido pagi tu , macam biasa la nak mandi .Masuk bilik air , bukak paip , yang keluar angin je . airnya tak de . eh , nape pulak ni . Pastu teringat notis yang ditampal kat bawah appartment yang tertulis penyelengaraan tangki air dari 08-10hb . Tapi hari ni dah 11hb . Kenapa dorang wat keje camni :( dah la tak ada air standby pun :( 

Dah kat rumah tak ada air , Jam pulak dah nak kul 8 , erm memang comfirm lah dah lewat g keje . Hubby suruh pegi mandi umah Abang dia . dekat je pun , kat Presint 18 . So dah tak pikir panjang , nak tunggu air ada tak tahu kul berapa , Aku ajak adik aku pegi mandi kat sana . Masa tu hubby tak ikut .

Sampai je kat Presint 18 , keta Abg & Kak Ipar aku dah tak ada , dah g keje .  Pintu depan pulak bermangga . eh, masa tu aku pelik jugak , tadi masa kol akak , katanya bibik ada kat rumah . Kalau bibik ada takkan rumah berkunci sampai guna dua mangga . dalam hati aku pikir mungkin untuk keselamatan kot .
Aku pun tak toleh kiri kanan terus la ketuk pintu . ketuk punya ketuk , bagi salam , panggil bibik , tak ada yang menyahut . banyak kali tahu ! dah dekat 10 minit duk bagi salam tak ada yang menyahut , aku kol kakak Ipar aku . bagitahu dia bibik tak bukak pintu . Dia cakap tunggu dia kol bibik , mungkin dia tengah cuci bilik air atas kot .

Sementara dia duk kol tu , aku jalan g ke pintu dapur , haaa , tingkap tak tutup . Melalui tingkap tu , aku jerit la panggil bibikkkkkkk . tak ada jugak yang menyahut . Masa tu terperasan sesuatu tau kat dapur kak ipar aku tu , susunan perabot sama cuma meja makan dah bertukar , pastu banyak pulak ikan bilis . eh , dia nak buat kenduri apa . erm .abaikan .

Bila dah jerit pun tak menyahut , aku kol kak ipar aku lagi sekali . haa masa ni kak ipar aku dah angin dengan bibik dia . dia cakap tadi dia kol bibik jawab , kata nak bukak pintu . aku cakap mana ada bukak :( pintu pun bermangga . Bila aku cakap pintu bermangga , lagi kak ipar aku angin . Dia duk pikir bibik dah tipu dia , keluar rumah tak bagitahu ! huhh , aku pun dah cuak gak la masa tu . kak ipar aku kol bibik dia balik
(masa ni aku dah boleh agak mesti bibik dah kene marah)
Dalam 5 minit pastu , kak ipar aku kol balik , katanya bibik bagitahu , dia dah siap bukak pintu dah , tapi kete aku tak ada pun kat luar rumah . Kak Ipar aku tanya aku ,
"fiza g rumah sape ni? ke silap rumah? "

Masa kak Ipar aku tanya camtu kan , aku macam baru sedar dari mimpi . tahu tak macam mana perasaan dia . tenyeh mata 2,3 kali , cepat-cepat aku tengok no. rumah . aku keluar balik intai rumah sebelah-sebelah . Masa tu baru aku perasan !

YA ALLAH , Aku salah rumah !

Nak pitam rasa masa tu . Nasib baik la tuan rumah yang aku duk ketuk , jerit tu tak ada . kalau tak , huhh .  tak tahu la macam mana :(
Paling kesian , bibik la . teruk dia kene marah tadi :(
Aku pusing kereta , masuk rumah kak ipar aku yang sebetulnya . Dia selang 3 buah rumah ngan rumah yang aku silap tu :( demmmm sungguh lah! Patut la kat dapur rumah yang aku intai tadi meja makannya lain . huhh
Sampai je rumah kak ipar , bibik sambut aku dengan cerita yang dia kene marah dengan kak ipar aku . aduhh kesiannya :( Maaf ye bik . tak pasal-pasal jadi mangsa keadaan :(

 Tak tahu nape aku leh jadi seblur tu semalam , Rumah kak ipar aku tu , dah tak tahu bape kali dah aku duk ulang pegi . tetiba semalam boleh tersalah rumah :(
sadis kan :( erm memang sadis bila minda kita seolah dikunci dengan keyakinan untuk sesuatu yang salah :(






6 comments

  1. aduh...
    tenang...
    tarik nafas panjang-panjang...
    itu tanda-tanda stress tu...
    tanpa kita sedar..=)

    ReplyDelete
  2. eeerkkkk! salah rumah?? adoiiii sib baiklah owner rumah tue xde kan??

    kdg² mmg kite akan blur sampai tahap cenggitu..sib baik xde perkara lain yg tak diingini terjadi dalam ke'blur'an itu uhuhuuu...

    ReplyDelete
  3. maybe letih sangat kot! byk assignment ehhh? hikhik

    ReplyDelete
  4. Hahaha....buta2 ja si bibik tu kn marah. .. mesti dia myumpah seranah kat akak...

    ReplyDelete
  5. salam singgah salam kenal.. =)

    ReplyDelete
  6. errkk..selamat xde yg menyahut waktu fiza panggil bibik kat dapur umah jiran tu..hihihi.. :)

    agaknya mamai lagi kot...hihihi

    ReplyDelete

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤